Video  | Sukan

England, Costa Rica terikat tanpa jaringan

England hanya berjaya pulang membawa satu mata apabila terikat tanpa jaringan dengan Costa Rica di Estadio Mineirao di Belo Horizonte. Rombakan besar-besaran dilakukan oleh Roy Hodgson terhadap England dimana beliau menurunkan rata-rata pemain yang belum lagi bermain sepanjang piala dunia ini seperti Frank Lampard, Phil Jones, Chris Smalling, Luke Shaw, James Milner dan penjaga gol, Ben Foster namun masih gagal mencari gol kemenangan buat England. England kekal di tempat tercorot Kumpulan D dengan satu mata.