Video  | Sukan

Harimau Malaya sahut cabaran Perdana Menteri

Skuad Harimau Malaya bertekad untuk muncul juara Piala AFF Suzuki 2018, sekali gus tidak mahu menghampakan harapan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan seluruh rakyat Malaysia. Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata amanat Dr Mahathir dalam pertemuan dengan skuad Harimau Malaya dan jurulatih di Perdana Putra pada Jumaat, suntik semangat mereka untuk beraksi cemerlang pada akhir kejohanan itu.