Video  | Sukan

Kerajaan negeri Kedah akan tunaikan janji ganjaran menang Piala FA

Kerajaan negeri Kedah akan menunaikan janji kepada pemain dan pegawai pasukan Kedah untuk memberi ganjaran RM20,000 selepas menjuarai Piala FA. Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata imbuhan itu akan diumumkan pada satu majlis khas meraikan pasukan Lang Merah bersama, Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah dalam masa terdekat.