Video  | Sukan

KFA guna sistem gred gaji untuk pemain

Persatuan Bola Sepak Kedah akan menggunakan sistem penggredan gaji untuk pemain-pemainnya sebagai alternatif baharu dalam menentukan jumlah gaji yang wajar dibayar berdasarkan kepada tahap kemampuan setiap pemain. Sistem yang akan diwujudkan dalam tempoh terdekat itu juga boleh membantu pihak pengurusan untuk menilai dan mengenal pasti tahap prestasi seseorang pemain dalam pasukan lang merah.