Tutup

Video  | Sukan

MFL tamat kontrak TM sebagai penaja utama Liga-M

Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) pada Jumaat mengambil keputusan untuk menamatkan kontrak dengan Telekom Malaysia Berhad (TM) berkuat kuasa serta-merta selepas penaja utama Liga Malaysia (Liga-M) itu gagal menjelaskan pembayaran hak penyiaran musim ini. Pengerusi MFL, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata keputusan tersebut diambil selepas perbincangan untuk meneruskan perjanjian kerjasama penajaan dengan TM tidak berjalan lancar.