Tutup

Video  | Sukan

Pahang dilucut status naib juara, Selangor ke #AFCCup

Status Pahang sebagai naib juara Liga Super 2015 dilucutkan selepas Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) mengarahkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk memotong enam mata skuad itu dalam saingan liga domestik musim ini. Dalam satu kenyataan dikeluarkan FAM, Timbalan Presidennya Datuk Seri Afandi Hamzah, berkata arahan itu dibuat melalui satu surat susulan kegagalan Persatuan Bola Sepak Pahang melunaskan bayaran pampasan kepada bekas pemain import mereka dari Maghribi, Mohamed Borji yang pernah beraksi bersama skuad Tok Gajah pada 2013.