Tutup

Video  | Sukan

Penyokong terkilan jawapan balas pemain Perlis

"ambil kasut saya, masuk padang dan main". Jawapan yang diberikan seorang pemain Perlis berikutan prestasi tidak menentu pasukan, nyata mengecewakan penyokong pasukan Singa Utara itu. Akhbar Harian Metro pada Khamis melaporkan, jawapan itu diberikan kepada penyokong, bila pasukan Perlis didesak memberi penjelasan tentang prestasi hambar mereka selepas perlawanan menentang Sabah di Stadium Likas, pada Rabu.