Video  | Sukan

Perkenal sukan MMA di sekolah

Sudah tiba masanya untuk memperkenalkan seni bela diri campuran, MMA di sekolah-sekolah di Malaysia bagi mencungkil bakat muda dalam sukan tersebut. Presiden Persatuan MMA Malaysia, Masmmaa, Rashid Salleh berkata, bagaimanapun usaha itu bukanlah mudah kerana sukan tersebut boleh dikatakan masih baharu di sini.