Video  | Sukan

Perlawanan amal JDT All Star sasar kutipan dana RM500,000

Perlawanan amal Johor Darul Takzim (JDT) All Star hujung bulan ini yang bakal menyaksikan penyertaan beberapa lagenda bola sepak dunia disasarkan mampu mencapai kutipan dana berjumlah setengah juta ringgit. Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) Datuk Ismail Karim berkata 18,000 tiket akan mula dijual Rabu sehingga hari perlawanan iaitu pada 30 jun, menerusi kaunter-kaunter tiket di Stadium Tan Sri Dato Hassan Yunos, Larkin dan atas talian.