Tutup

Video  | Sukan

Piala AFF Suzuki 2018: Axiata Arena dibuka untuk tayangan langsung

Bagi penyokong Harimau Malaya yang gagal mendapatkan tiket aksi final perlawanan akhir pertama Piala AFF Suzuki 2018, anda masih boleh merasai gegak gempita tontonan di stadium. Kementerian Belia dan Sukan dengan kerjasama Perbadanan Stadium Malaysia menganjurkan acara tayangan langsung pertembungan Malaysia dengan Vietnam di stadium tertutup Axiata Arena, Bukit Jalil esok.