Video  | Sukan

Polis akan ambil keterangan kes rogol

Susulan kes rogol membabitkan atlet di temasya Sukan Malaysia ke-16. Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengambil keterangan semua individu yang berkenaan bagi membantu siasatan. Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Bakri Mohd Zinin berkata sebahagian daripada mereka sudah dipanggil dan diambil keterangan manakala yang lain akan menyusul dalam masa terdekat.