Video  | Sukan

Prestasi bola sepak negara akan dapat dilihat dalam 4-6 tahun

Prestasi bola sepak negara akan dapat dilihat dalam tempoh 4 ke 6 tahun akan datang selepas DNA bola sepak mencapai manifetasi yang dimahukan. Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia FAM, Stuart Ramalingam berkata tindakan itu merangkumi sistem kejurulatihan yang seragam merentasi semua peringkat usia daripada peringkat akar umbi sehingga peringkat elit dan senior. Perkara ini merujuk kepada DNA Bola Sepak Malaysia yang dilancarkan sebagai rujukan dalam memahami corak permainan mengikut acuan bola sepak seperti yang diinginkan.