Airawear - Jaket pengurut

Kerusi urut antara ciptaan yang menjadi penyelesaian kepada badan yang penat semasa menunggu isteri membeli belah misalnya. Namun adalah mustahil untuk membawanya ke mana-mana. Alangkah bagus jika ada ciptaan yang membolehkan kita semua yang kepenatan diurut di mana-mana sahaja.. Terima kasih kepada sebuah syarikat di Singapura, yang menawarkan jaket, Airawear yang boleh mengurut di mana sahaja, pada bila-bila masa.