Apple pengeluar telefon pintar paling untung

Gergasi teknologi Amerika Syarikat, Apple Inc tampil sebagai pengeluar telefon pintar yang paling banyak mengaut keuntungan di dunia pada suku tahun ketiga 2017 manakala Samsung Electronics Co pula berjaya mengatasi kerugian akibat penggantungan pengeluaran Galaxy Note 7, lapor agensi berita Korea Selatan Yonhap memetik laporan pemerhati industri pada Khamis.