#AWANIJr: Bestnya bermain di Science Kids

Seronoknya kru My LB Channel bermain dan meneroka ilmu di Science Kids ketika mereka berkunjung ke Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu baru-baru ini.Untuk mengetahui lebih lanjut apa yang menarik di tempat tersebut jom ikuti liputan yang telah dibuat oleh adik Nadhirah Al-Ashari Saiful Nizam (11 tahun), Wan Nur Amna Faqihah Wan Mohd Fadilah 11 tahun, Nur Aisyah Amirah Muhammad Salim 11 tahun dan Muhammad Harith Zhafran Abdul Hisham 11 tahun kru My LB Channel, TV PSS SK BINJAI, Kemaman, Terengganu. AwaniJr merupakan inisiatif terbaharu Astro AWANI dalam menggalakkan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah untuk menyumbang kreativiti mereka dalam bentuk penulisan dan multimedia.