Kementerian Komunikasi teliti semula agensi teknologi

Kementerian Komunikasi dan Multimedia akan meneliti semula semua agensi berkaitan teknologi bagi mengelakkan sebarang pertindihan fungsi dan perkhidmatan. Menterinya, Gobind Singh Deo berkata, perkara itu penting bagi mengelakkan sebarang kekeliruan terhadap pengguna.