Kenapa perlu pengukuran PM2.5?

Analisis kualiti udara yang digunakan di Malaysia merangkumi 5 parameter asas iaitu pengukuran Nitrogen Dioksida, Karbon Monoksida, Sulfur Dioksida, Ozon dan Habuk Halus PM10. Pengukuran parameter PM2.5 dianggap penting dalam memberikan ukuran yang lebih terperinci tentang analisis kualiti udara terutamanya melibatkan bahan pencemar dalam jerebu.