Percetakan 3D beri suntikan baru sektor pembuatan

Sektor pembuatan yang dilihat mencatat penyusutan ekoran kelembapan ekonomi global perlu diberi suntikan teknologi baru. Menurut Pengurus Autodesk Malaysia, Chris Lee sektor pembuatan kini telah menyaksikan peralihan daripada pengeluaran pada skala besar kepada pengeluaran dalam skala kecil atau khas. Dan teknologi perisian percetakan 3 dimensi membantu peralihan itu.