Video  | 

SUPERB - Terajui Impian Anda 2.0

Ikuti perjalanan peserta-peserta 'SUPERB - Terajui Impian Anda' yang telah memasuki musim kedua. Skim Permulaan Usahawan Bumiputera (SUPERB) merupakan inisiatif terkini Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) dalam usaha melahirkan individu bumiputera untuk memulakan perniagaan dengan idea yang kreatif serta inovatif. Siri kedua Superb telah melibatkan 10 agensi pembiayaan dana dalam memastikan pemenang Superb dapat mengakses kepada lebih banyak sumber dana.