QZ8501: Najib lahir rasa prihatin kepada Presiden Indonesia

Bernama
Disember 28, 2014 22:15 MYT
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menawarkan bantuan serta sokongan Malaysia dalam usaha mencari pesawat AirAsia Indonesia Penerbangan QZ8501.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah menghubungi Presiden Indonesia Joko Widodo menyatakan keprihatinan dan menawarkan bantuan serta sokongan Malaysia dalam usaha mencari pesawat AirAsia Indonesia Penerbangan QZ8501 yang hilang pada Ahad.
Pesawat yang menuju Singapura bersama 162 penumpang dan kru lenyap setelah berlepas dari Surabaya pada 5.35 pagi dan terputus hubungan dengan kawalan trafik udara Indonesia pada 7.24 pagi.
"Hubungi Presiden Joko Widodo. Menyatakan keprihatinan mendalam kita. Menawarkan sokongan dan bantuan Malaysia sepenuhnya terhadap usaha Indonesia mencari dan menyelamat," tulis Najib di Twitternya malam tadi.

Called President Joko Widodo. Expressed our deep concern. Offered M'sia's fullest support & assistance to Indonesian search & rescue effort.

— Mohd Najib Tun Razak (@NajibRazak) December 28, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Tiga kapal Tentera Laut Diraja Malaysia akan belayar malam ini untuk menyertai operasi mencari pesawat berkenaan.
Sebelum ini, Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata kapal-kapal itu ialah KD Pahang, KD Lekir dan KD Lekiu bersama helikopter Fennec di atas kapal.
Tentera Udara Diraja Malaysia akan menugaskan pesawat C130 untuk turut membantu operasi mencari dan menyelamat.
##PrayForQZ8501 #AirAsia #Indonesia #Joko Widodo #Najib Tun Razak #QZ8501