Pusat percetakan Al-Quran kedua terbesar dunia di Putrajaya

Bernama
Oktober 11, 2014 02:29 MYT
Pusat Percetakan Al-Quran ini akan menjadi tempat tumpuan penggiat dan penggemar seni khat
Pusat Percetakan Al-Quran, yang kedua terbesar di dunia selepas Arab Saudi, bakal dibina di pusat pentadbiran negara, Putrajaya.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata bagi tujuan itu, kerajaan memperuntuk sebanyak RM30 juta.
"Pusat ini, atas inisiatif kerajaan bersama Yayasan Restu, dijangka dapat mencetak sehingga sejuta naskhah al-Quran setahun untuk diedar ke seluruh dunia.
"Selain itu, pusat ini akan menjadi tempat tumpuan penggiat dan penggemar seni khat," kata Najib yang juga Menteri Kewangan ketika membentangkan Bajet 2015 bertema 'Ekonomi Keperluan Rakyat' di Dewan Rakyat pada Jumaat.
##Bajet2015 #Kementerian Kewangan #Laporan Ekonomi 2014/2015 #Pusat Percetakan Al-Quran