Mangsa banjir di Sarawak meningkat, pusat pemindahan banjir Sabah ditutup

Bernama
Januari 29, 2015 03:30 MYT
Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Beaufort berkata cuaca baik hari ini membolehkan mereka pulang ke rumah masing-masing. - Gambar Fail
Jurucakap Majlis Keselamatan Negara (MKN) Sarawak berkata 814 mangsa daripada 229 keluarga itu ditempatkan di tiga pusat pemindahan di Bintulu manakala 14 mangsa daripada enam keluarga lagi ditempatkan di sebuah pusat pemindahan di Miri.
Sementara itu, satu-satunya pusat pemindahan banjir di Sabah iaitu Dewan Baru Membakut ditutup pada 8 pagi tadi selepas tiga mangsa yang ditempatkan di pusat itu dibenarkan pulang.
Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Beaufort berkata cuaca baik hari ini membolehkan mereka pulang ke rumah masing-masing.
#Bintulu #Majlis Keselamatan Negara #Miri #Sarawak