Syarikat minyak dan gas dijangka melihat sehingga 20 peratus kontrak dalam industri dirunding semula untuk kekal mapan dalam keadaan harga minyak mentah rendah.
Seorang pemain industri berkata rundingan semula itu dijangkakan kerana syarikat minyak dan gas berdepan dengan margin lebih kecil tetapi ini boleh dimanfaatkan kerana kos operasi juga berkurangan dengan penurunan harga minyak.
"Kita melihat impak (harga minyak mentah rendah). Kami ada mendapat surat (dari syarikat-syarikat minyak utama) meminta diskaun, melihat pada terma-terma, tetapi kita berada dalam perniagaan untuk jangka panjang.
"Kita boleh menampung sebanyak mungkin tetapi ada kalanya kita tiada margin," kata seorang pemain industri yang enggan namanya disiarkan.
Beliau berkata demikian di luar Persidangan Minyak dan Gas Asia Ke-18, di sini, hari ini.
Semalam, syarikat minyak dan gas nasional, Petronas, berkata ia telah menyemak semula dan membida semula beberapa kontrak kejuruteraan, pemerolehan dan pembinaannya ekoran kejatuhan harga minyak.
"Bukan hanya Petronas sahaja tetapi di seluruh industri," katanya. Sementara itu, pemain industri menjangkakan lebihan bekalan inventori minyak dalam pasaran disebabkan langkah yang diambil kerajaan Arab Saudi untuk meningkatkan eksport minyaknya.
"Harga minyak telah stabil sekarang tetapi dalam situasi normal, kebiasaannya harga akan terus jatuh lagi," katanya.
Kerajaan Arab Saudi mengeksport 7.89 juta tong minyak mentah sehari pada Mac, meningkat daripada 7.35 juta tong pada Februari.
Bernama
Tue May 19 2015
Syarikat minyak dan gas dijangka melihat sehingga 20 peratus kontrak dalam industri dirunding semula untuk kekal mapan dalam keadaan harga minyak mentah rendah.
Georgia akan adakan pilihan raya presiden pada Sabtu
Pilihan raya presiden dijadualkan berlangsung di Georgia di tengah-tengah protes berterusan pembangkang.
Megat D Shahriman kekal terajui MPM
Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin berjaya mempertahankan jawatan Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) buat penggal kedua berturut-turut pada Mesyuarat Agung Tahunan MPM kali ke-25, hari ini.
Lebih 7.2 juta orang terutama kanak-kanak, berisiko lemas menjelang 2050 - WHO
Laporan pertama WHO mengenai pencegahan lemas itu memuji penurunan kadar kematian lemas global sebagai "pencapaian kesihatan global yang utama."
AWANI Ringkas: Jasad bayi dalam peti sejuk
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan berhimpun menjelang undi pemecatan kedua
Penunjuk perasaan berkumpul di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang tentera sekali gus mencetuskan krisis politik.
Aksi spontan guru suap makanan kepada murid tular
Perlakuan bersahaja seorang guru, Janorashikin Jasdi menyuapkan makanan ke mulut murid prasekolah dari kaum India ketika menyertai satu perlawanan bola sepak di Pulau Pinang, mendapat pujian ramai.
Jenazah bayi beku: KKM tunggu dapatan siasatan CKAPS, dijangka minggu depan
KKM sedang menunggu dapatan laporan siasatan CKAPS mengenai dakwaan sebuah hospital swasta menahan jenazah bayi kerana ibu bapa gagal menjelaskan bil hospital lebih awal.
Zahid tidak terima makluman tengku zafrul keluar UMNO
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau tidak menerima sebarang pemakluman daripada Ahli Majlis Tertinggi UMNO Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz untuk keluar daripada parti itu bagi menyertai parti lain.
Jimat kos, majlis kahwin beramai-ramai semakin popular di Mexico
Sejumlah pasangan diraikan dalam satu majlis perkahwinan beramai ramai di Mexico City pada Jumaat.
Kemalangan maut di tempat kerja sektor pembinaan Singapura meningkat tiga kali ganda
Kementerian Tenaga Manusia Singapura melaporkan peningkatan mendadak dalam kes kemalangan maut di tempat kerja bagi sektor pembinaan.
Oil and Gas Asia 2024 jangka tarik 500 pempamer dari 100 negara
OGA 2024 akan menjadi edisi ke-20, ia bermula pada tahun 1987 sebagai pertunjukan dwitahunan.
China rekod penemuan rizab minyak, gas 40 juta meter padu
Kawasan itu menyimpan jumlah minyak dan gas yang memecahkan rekod rizab gas, melebihi 40 juta meter padu.
Austria mahu henti sistem pemanasan gas di bangunan baharu mulai 2024
Kerajaan Austria pada Selasa mengumumkan cadangan untuk mengharamkan pemasangan sistem pemanasan gas di bangunan baharu mulai tahun depan.
Vienna berang EU kritik kebergantungan Austria terhadap gas Rusia
Kritikan kebergantungan Austria terhadap gas Rusia oleh pegawai tinggi EU telah menyebabkan ketegangan diplomatik antara Vienna dan Brussels, lapor Agensi Berita dpa.
Iran tutup pejabat, institusi pendidikan ekoran kekurangan bekalan gas musim sejuk
Penurunan suhu secara mendadak dalam tempoh beberapa minggu kebelakangan ini menyebabkan penggunaan tenaga meningkat.
Henti guna gas untuk jana elektrik - Menteri Jerman
Jerman memperhebat perbahasan mengenai kemungkinan melanjutkan penggunaan NPP ekoran krisis gas yang sedang berlaku.
Krisis Rusia-Ukraine: EU setuju pelan kecemasan gas
Negara-negara anggota Kesatuan Eropah (EU) bersetuju dengan pelan kecemasan untuk mengurangkan penggunaan gas secara sukarela sebagai langkah mengurangkan kebergantungan bahan api Rusia.
Deleum Berhad tubuhkan subsidiari di Thailand
Deleum Berhad, menerusi subsidiari miilik penuhnya, Deleum Services Sdn Bhd (DSSB) telah memperbadankan anak syarikat di Thailand.
Petronas Dagangan, Petros lengkapkan pemindahan perniagaan dan operasi LPG Sarawak
Keputusan muktamat pengoperasian LPG itu adalah komitmen Petros untuk memenuhi keperluan utama pengguna LPG di seluruh Sarawak.
Remaja ditemui mati dalam kereta
Pemeriksaan awal mendapati mangsa berada di tempat pemandu dalam keadaan berbaring dan tempat duduknya direndahkan ke bawah.