KUALA LUMPUR: Dalam satu tinjauan yang dilakukan baru-baru ini, majoriti (92%) rakyat Malaysia bersetuju bahawa satu peraturan khusus untuk produk vape perlu dibangunkan sama seperti dasar di United Kingdom (UK) dan New Zealand di mana ia dikawal secara berbeza daripada rokok memandangkan vape didakwa kurang memudaratkan berbanding rokok.
Dalam kajian yang sama, 92% bersetuju bahawa kerajaan juga harus memastikan pasaran gelap produk vape berada pada tahap minima.
Pendedahan ini adalah hasil daripada tinjauan pendapat #Tax and Regulate MY Vape: Your Say yang dijalankan oleh sebuah kumpulan advokasi bukan bermotifkan keuntungan, Malaysian Vape Industry Advocacy (MVIA) yang menyokong usahawan dan perniagaan vape tempatan.
Tinjauan pendapat itu dikendalikan oleh Green Zebras iaitu sebuah syarikat penyelidikan pasaran terkemuka di Malaysia.
Presiden MVIA, Rizani Zakaria berkata, “Industri vape semakin dilihat sebagai salah satu inovasi yang memberi kesan kepada sektor tembakau kerana berjuta-juta perokok di seluruh dunia beralih kepada produk vape memandangkan produk vape terbukti sebagai alternatif yang kurang memudaratkan berbanding rokok tradisional dan berkesan dalam membantu perokok berhenti merokok.”
“Di Malaysia, industri tempatan bernilai lebih RM2 bilion dengan lebih 3,000 Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan melibatkan kira-kira 15,000 pekerja.
''Sektor vape memerlukan undang-undang khusus yang berbeza daripada rokok tradisional.
''Ini akan membolehkan sektor vape memenuhi potensi pertumbuhannya dan membantu lebih ramai perokok Malaysia untuk berhenti merokok. MVIA percaya bahawa kerajaan Malaysia mempunyai peranan penting dalam membentuk masa depan industri vape tempatan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Berdasarkan keputusan tinjauan pendapat tersebut, rakyat Malaysia juga mengulangi sentimen ini, dengan 75% daripada mereka yang menyertai tinjauan menyatakan bahawa kerajaan Malaysia mesti terlibat secara aktif dalam mengawal selia industri vape.
Berkongsi pandangan mereka mengenai bagaimana peraturan vape harus digubal, 85% daripada peserta berkata vape harus dipromosikan untuk meningkatkan kesedaran terhadap keberkesanannya sebagai alternatif yang kurang memudaratkan.
Menariknya, 68% mengatakan bahawa produk vape harus dijual dalam talian melalui platform e-dagang, asalkan kanak-kanak di bawah umur tidak mempunyai akses kepada produk tersebut.
Pelbagai kajian antarabangsa mendapati bahawa vape kurang memudaratkan. Penemuan ini telah mendorong negara seperti UK dan New Zealand untuk mempromosikan vape sebagai alat berhenti merokok.
Menurut tinjauan Kesihatan & Morbiditi Kebangsaan, kadar merokok telah menurun di Malaysia manakala penggunaan vape meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Keputusan tinjauan telah menunjukkan bahawa 85% rakyat Malaysia percaya bahawa penurunan kadar merokok ini dipengaruhi oleh faktor perokok yang beralih kepada vape. Manakala, 68% daripada mereka yang menyertai tinjauan berpendapat bahawa vape kurang memudaratkan berbanding rokok tradisional.
Rizani berkata, negara seperti UK telah mencapai kemajuan dalam mengurangkan kelaziman merokok mereka dengan mengawal selia produk vape dan memastikan produk vape dikawal secara berbeza daripada rokok.
Menurutnya, langkah ini bukan sahaja menggalakkan perokok beralih kepada vape yang kurang memudaratkan, tetapi juga memberi peluang kepada pemain industri tempatan untuk mengembangkan perniagaan mereka.
''Malaysia harus melihat kejayaan undang-undang yang berkredibiliti seperti di UK apabila membangunkan dasar untuk pasaran vape tempatan kita. Seperti biasa, MVIA terbuka kepada sebarang perbincangan dengan pihak berkuasa yang berkaitan untuk memberikan perspektif kami,” tambah Rizani.
Dengan objektif untuk memahami persepsi rakyat Malaysia terhadap vape, #Tax and Regulate MY Vape : Your Say menyelami pendapat penduduk tempatan tentang peraturan dan kadar cukai yang diumumkan baru-baru ini ke atas cecair vape. Penemuan tambahan daripada tinjauan itu akan dikeluarkan dalam beberapa minggu akan datang.
Tinjauan ini terdiri daripada saiz sampel 1,000 orang dewasa Malaysia dan mencerminkan persepsi semua orang dewasa Malaysia di seluruh negara.
Artikel asal di DagangNews.com
Dagang News
Thu Jan 13 2022
Pelbagai kajian antarabangsa mendapati, vape kurang memudaratkan, lantas mendorong negara seperti UK dan New Zealand mempromosikan vape sebagai alat berhenti merokok. - Gambar hiasan
Beras ditemui di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan - KPKM
Beras yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak selamat untuk dimakan.
Boeing hasrat tawarkan kereta terbang di Asia menjelang 2030
Kereta terbang ini dijangka menawarkan penyelesaian untuk pelbagai bandar di Asia yang sering sesak dengan kenderaan.
Piala Thomas: Tze Yong digugurkan, Hon Jian isi kekosongan - Rexy
Ng Tze Yong disahkan tidak akan beraksi pada Piala Thomas 2024 dan kekosongan ditinggalkan naib juara Terbuka Artik 2023 itu akan digantikan dengan pemain beregu, Choong Hon Jian.
Isu surat layang: Mangsa ugutan, gangguan seksual diminta lapor polis
Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak meminta mangsa yang mendakwa menerima ugutan serta gangguan seksual yang dikaitkan dengan isu surat layang tular membabitkan kakitangan perubatan Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) supaya membuat laporan polis.
Bekalan Darah: Kadar penderma darah dalam negara masih rendah
Menurut Timbalan Pengarah I, Pusat Darah Negara, Kementerian Kesihatan (KKM), Dr Tun Maizura Mohd Fathullah, kadar tersebut perlu ditingkatkan bagi memastikan bekalan darah mencukupi terutamanya pada waktu-waktu terdesak.
KBS umum syarat pelepasan cukai latihan sukan
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengumumkan syarat-syarat pelepasan cukai bagi latihan sukan pada Jumaat.
Kastam tumpaskan sindiket penyeludupan, temukan dadah bawah pokok
Jabatan Kastam Diraja Malaysia Pulau Pinang menumpaskan cubaan penyeludupan dadah apabila merampas dadah jenis methaphetamine seberat 30 kilogram bernilai hampir RM1 juta.
Pengawal keselamatan didakwa bunuh anak kandung berusia enam bulan
Seorang bapa yang tergamak mendera anak kandungnya yang berusia enam bulan sehingga mengakibatkan mangsa mati didakwa di Mahkamah Bandar Baru Bangi, pada Jumaat kerana kesalahan membunuh.
Perang Iran-Israel, kesan kepada geopolitik Asia Barat
Penyelidik Kanan IRIS Institute, Asyraf Farique memberikan analisis semasa mengenai perang Iran dan Israel serta kesannya kepada geopolitik di Asia Barat.
Batik Air gantung operasi ke Istanbul bermula 1 Mei
Syarikat penerbangan itu berkata keputusan itu dibuat sebagai respons terhadap situasi di Timur Tengah yang memberi kesan kepada laluan penerbangan Batik Air.
Rakyat Malaysia diingatkan cakna perubahan undang-undang Singapura
Ini penting bagi mengelakkan kesulitan kepada diri sendiri dan keluarga jika mereka ditahan dan disiasat oleh pihak berkuasa.
Polis nafi 10 kematian akibat magic mushroom di Kuala Selangor
Polis tidak menerima sebarang laporan berhubung kematian 10 remaja lelaki akibat menghisap rokok elektronik atau vape jenis 'magic mushroom' seperti dakwaan yang tular menerusi media sosial.
GEG: Pengguguran dari akta kawal rokok tiada kaitan tindakan pelobi industri
Pengguguran Peruntukan Generasi Penamat Rokok (GEG) dalam Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 tidak ada kaitan dengan tindakan melobi oleh wakil industri tembakau dan vape.
New Zealand haramkan vape pakai buang
Di bawah peraturan baharu, denda bagi peniaga yang menjual rokok elektronik kepada mereka di bawah umur 18 tahun juga akan meningkat.
Penggunaan vape dalam kalangan wanita meningkat - KKM
Kementerian Kesihatan (KKM) mendapati penggunaan vape atau rokok elektronik menampakkan trend peningkatan termasuk dalam kalangan wanita, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
KPM teliti cadangan peraturan khas bendung pelajar hisap vape
Kementerian Pendidikan Malaysia meneliti cadangan mewujudkan peraturan khas bagi membendung trend penggunaan vape dalam kalangan pelajar sekolah.
Ambil teladan dari negara progresif seperti Jepun
Dalam tempoh tujuh tahun, 73,826 perokok menyertai program berhenti merokok dan hanya 16,930 atau 23 peratus berjaya berhenti selepas enam bulan.
Kerajaan bakal tanggung kos rawatan penyakit EVALI RM369 juta setahun pada 2030 - Dr Zaliha
Kajian menunjukkan kos rawatan bagi penyakit EVALI adalah RM150,000 bagi setiap pesakit.
Biarpun kecewa, Dr Dzul tetap sokong RUU Kawalan Produk Merokok 2023
Pengguguran klausa GEG akan menyukarkan pengurangan kadar aktiviti merokok Malaysia daripada 21% kepada bawah 5% menjelang 2045.
Budaya jual vape tanpa kira umur sukarkan usaha kawal jual beli
Budaya peniaga yang menjual produk merokok, seperti rokok elektronik atau vape kepada pembeli tanpa mengira umur, menyukarkan usaha kerajaan untuk mengawal penjualan dan pembelian.