SINGAPURA: Syarikat penerbangan tambang rendah AirAsia merancang untuk mengembangkan operasinya di Indonesia dan Filipina melebihi tahap prapandemik menjelang suku pertama tahun depan, ekoran prospek pelancongan dan ketersambungan yang lebih baik.
Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Bhd, Tan Sri Tony Fernandes berkata potensi pelancongan yang besar dan prestasi ekonomi yang semakin baik menjadi pemacu kepada pertumbuhan AirAsia di kedua-dua negara itu dalam tempoh lima tahun akan datang.
Walaupun syarikat penerbangan itu mempunyai pandangan yang positif untuk Indonesia dan Filipina, namun ia tidak akan menjadi penghalang kepada pengembangan operasi armadanya di Malaysia dan Thailand.
"Kami masih memerlukan pesawat di Malaysia dan Thailand; cuma Indonesia dan Filipina benar-benar berkembang dengan baik dan kami mahu mengembangkannya ke saiz yang lebih besar," katanya pada majlis meraikan penyambungan semula operasi AirAsia di Terminal 4 Changi.
AirAsia mempunyai 205 pesawat dan ia ingin meningkatkannya kepada 300 pesawat dalam tempoh lima tahun akan datang. Ia akan mula menerima penghantaran 362 pesawat Airbus 321neo yang telah ditempahnya bermula pada 2024.
Mengenai operasi kargonya, beliau berkata Teleport iaitu cabang logistik AirAsia akan menyumbang dengan ketara kepada pertumbuhan kumpulan dalam tempoh lima tahun akan datang dengan 50 pesawat kargo dalam perkhidmatan.
Kumpulan itu meneruskan semula tempahan untuk empat pesawat pengangkut Airbus 321 dengan penghantaran pertama dijangka pada Disember 2022 yang sebelum ini ditangguhkan akibat pandemik COVID-19.
"Masih wujud peluang di sini, sama seperti yang kami lakukan untuk perkhidmatan penumpang. Kami pada asasnya membuka pasaran baharu dengan 60 peratus daripada laluan kami hari ini adalah laluan baharu.
"Kami boleh melakukan perkara yang sama untuk logistik dan kami fikir kargo akan menjadi sebahagian besar daripada operasi kami di Changi dan juga di sekitar rangkaian kami," kata beliau.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 15 2022
AirAsia mempunyai 205 pesawat dan ia ingin meningkatkannya kepada 300 pesawat dalam tempoh lima tahun akan datang. - Foto fail/REUTERS
Haiwan peliharaan, terbiar juga boleh diserang strok haba
Bahang cuaca panas lazimnya memberi kesan kepada anjing, kucing dan arnab.
Threads kini mempunyai lebih 150 juta pengguna bulanan
Pengguna telah mula lebih bergiat berkongsi melalui Threads, dan ada yang telah mula hanya menggunakan Threads semata menggantikan Twitter.
Freedom Flotilla to Gaza: Ketegasan Malaysia sekat kapal Israel wajar dicontohi
Walaupun usaha itu dilihat kecil namun ia mampu memberi tekanan kepada rejim Zionis dan menjadi contoh kepada komuniti global.
Juruterbang bomba dihantar ke UAE jalani latihan tambahan secara simulasi
JBPM telah diberikan peruntukan sebanyak RM800,000 untuk menghantar kesemua 17 juruterbang ke negara terbabit.
Lebih 14,000 aduan diterima menerusi aplikasi MYJalan setakat ini - Ahmad Maslan
KKR juga telah menyelesaikan 86 peratus daripada 3,766 aduan diterima menerusi aplikasi itu setakat ini.
AWANI Pagi: Apa Erti Sebenar Cakna Autisme?
Bulan Kesedaran Autisme disambut setiap tahun pada bulan April, untuk meningkatkan kesedaran umum berkenaan diagnosis tersebut. Sejauh mana cakna masyarakat mengenai autisme setakat ini? Ikuti diskusinya dalam Awani Pagi 7.30 pagi Khamis bersama Afiezy Azaman & Azib Zikry.
KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter
KPT melalui PTPTN akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Lumut.
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
FFC mengesahkan sudah melengkapkan segala keperluan bagi membolehkan misi pelayaran Jumaat ini.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua keperluan sudah dilengkapkan, kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
Ia termasuk keperluan teknikal dan 'crewing' yang merujuk kepada proses menyediakan dan menguruskan ahli kru.
Freedom Flotilla to Gaza: Ideologi Nelson Mandela wajar dicontohi dalam misi capai keamanan - Cucu
Menurut Manlda Mandela, datuknya pencinta keamanan dan bukan seorang pendendam walaupun selepas berjaya mengalahkan rejim apartheid.
Gunung Ruang meletus: Beberapa penerbangan AirAsia kembali beroperasi
AirAsia turut menyediakan pilihan kepada penumpang yang terjejas akibat penerbangan yang terpaksa dibatalkan.
Letusan Gunung Ruang: Malaysia Airlines, AirAsia batal penerbangan Kuala Lumpur ke Sabah, Sarawak
Malaysia Airlines umum pembatalan 11 penerbangan Sabah dan Kuala Lumpur serta lapan penerbangan laluan Sarawak dan Kuala Lumpur dibatalkan.
Pembatalan penerbangan: AirAsia sedia pilihan kepada penumpang
Bo Lingam berkata penumpang yang ingin melakukan perubahan tempahan secara dalam talian boleh berbuat demikian di airasia.com atau AirAsia MOVE.
AirAsia tawar menu nasi lemak dua kali saiz
Santan memperkenalkan Nasi Lemak Pak Nasser Terpaling Istimewa (Double Special), hidangan ikonik yang kini bersaiz dua kali ganda berbanding asal.
Trafik penumpang udara diunjur berkembang 2% menjelang akhir 2024 - MIDF
Tinjauan menunjukkan bahawa faktor muatan selepas wabak adalah setanding dengan, jika tidak lebih tinggi daripada, tahap prapandemik.
Aidilfitri: AirAsia tawar lebih 22,000 tempat duduk tambang tetap ke Sabah, Sarawak
AirAsia menawarkan lebih 22,000 tempat duduk pada tambang rendah tetap untuk penerbangan lewat malam sempena sambutan Hari Raya antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
AirAsia sasar hak trafik dua hala ke beberapa bandar di India
Tumpuan untuk meluaskan rangkaian penting bagi AirAsia kerana bandar utama di India telah mencapai puncak pengembangan.
Pesawat Airbus A321LR jadi pilihan pengembangan armada AirAsia
Fernandes berkata, daripada 362 pesawat A321neo (pilihan enjin baharu), 36 pesawat telah ditukar kepada A321LR (jarak jauh).
AirAsia tawar tambang promosi lapan jam ke Almaty
Tambang promosi boleh ditempah melalui aplikasi airasia Superapp atau laman web untuk tempoh perjalanan bermula 14 Mac hingga 26 Okt, 2024.
Tambang tetap penerbangan tambahan tengah malam, Loke hargai AirAsia
Loke juga telah memberikan kemeja-T merah percuma kepada penumpang penerbangan AK9070 ke Sibu, Sarawak pada 7 Feb lepas.