Syarikat penerbangan tambang rendah AirAsia X bhd mencatatkan kerugian bersih sebanyak RM57.45 juta dalam suku kedua yang berakhir 30 Jun, 2018, berbanding keuntungan bersih RM47.43 juta dalam suku yang sama tahun lepas.
Bagi suku tersebut, hasil naik dua peratus kepada RM1.05 bilion berbanding RM1.03 bilion sebelumnya, kata syarikat penerbangan itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia pada Khamis.
Meskipun pertumbuhan hasil, kerugian operasi bersih bagi kumpulan dalam suku tersebut adalah sebanyak RM99 juta berbanding RM16.0 juta dalam tempoh yang sama pada 2017.
"Ini disebabkan terutamanya peningkatan purata harga bahan api daripada US$65 setong pada suku kedua 2017 kepada US$89 setong dalam suku kedua 2018," kata syarikat penerbangan itu.
Mengenai prospek masa depan, AirAsia X berkata ia menyedari cabaran yang perlu dihadapi ekoran kenaikan harga bahan api ketika ini dan mereka sedang berusaha untuk mengimbanginya dengan meningkatkan pendapatan sampingan dan kapasiti.
"Struktur tambang baharu telah dilaksanakan dan syarikat sedang giat untuk meningkatkan pendapatan sampingannya yang seterusnya akan membantu menambah baik kadar hasil, manakala pengurusan terus memantau perbelanjaan operasi bagi memastikan kecekapan kos yang lebih baik untuk mengimbangi perbelanjaan bahan api yang tinggi," kata syarikat itu.
Bagi menampung peningkatan permintaan di rantau Asia Pasifik, kumpulan itu juga merancang menambah saiz pesawatnya dengan tambahan lima pesawat menerusi pajakan operasi dalam separuh kedua 2018.
Pesawat tambahan itu akan digunakan oleh AirAsia X Malaysia dan AirAsia X Thailand.
AirAsia X juga menjangka persekitaran operasi kekal mencabar bagi AirAsia X Indonesia dan ketika ini sedang menimbang pilihan yang ada untuk memastikan kemampanan model perniagaannya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 30 2018
Bagi menampung peningkatan permintaan di rantau Asia Pasifik, AirAsia X merancang menambah saiz pesawatnya dengan tambahan lima pesawat menerusi pajakan operasi dalam separuh kedua 2018. - Gambar hiasan
Tumpuan Khamis – 12 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berbilion kes malaria berjaya dicegah pada abad ini - WHO
Sebanyak 17 negara kini secara rutin memberikan vaksin kepada kanak-kanak untuk mencegah malaria.
Pesakit di Hospital Indonesia di Gaza kelaparan
Kementerian Kesihatan Gaza berkata pada Selasa bahawa terdapat sekurang-kurangnya 60 pesakit dalam risiko tinggi.
Thailand ambil langkah komprehensif tangani cuaca buruk, dijangka melanda minggu ini
Jabatan Pengairan Diraja juga telah diarahkan membersihkan saluran air daripada rumpai dan halangan untuk mengelakkan banjir.
10 Berita Pilihan - (11 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Tonight 11 Dec 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
Johor, MOT wujudkan pasukan petugas khas bincang isu kesesakan, penyuraian trafik RTS
Pelbagai isu dan inisiatif dibincangkan dalam usaha mengurangkan kesesakan jalan raya khususnya di Johor Bahru dan Lembah Klang.
Lima anggota, pegawai polis tolak rasuah terima penghargaan KPN
Razarudin merakamkan ucapan tahniah kepada mereka kerana berpegang teguh dengan prinsip integriti ketika menjalankan tugas menjaga sempadan negara.
Libat urus telah diadakan sebelum putuskan tambah waktu bekerja jururawat - Dr Dzulkefly
Keputusan itu telah melalui beberapa pusingan libat urus termasuk dengan tujuh kesatuan sekerja termasuk persatuan jururawat.
AWANI Tonight: Flour ban deepens food crisis, cracker prices soar
The Israeli army's blockade of flour into Gaza has exacerbated the humanitarian crisis, causing a severe shortage of bread for displaced Palestinians.
Burung langgar enjin punca pesawat AirAsia berpatah balik
AirAsia mengesahkan pesawat yang berpatah balik ke Lapangan Terbang Tawau pada Sabtu lalu adalah disebabkan amaran teknikal berkaitan salah satu enjin pesawatnya yang dilanggar burung.
AirAsia tawar 27,000 tiket tambang tetap ke Sabah, Sarawak sempena Tahun Baharu Cina
AirAsia melancarkan 27,000 tiket tambang tetap bagi perjalanan dari Semenanjung Malaysia ke Sabah dan Sarawak sempena sambutan Tahun Baharu Cina tidak lama lagi.
AirAsia bawa lebih 45 juta penumpang setakat ini - Capital A
AirAsia membawa lebih 45 juta penumpang setakat ini, mengekalkan faktor muatan yang tinggi sebanyak 90 peratus, kata Capital A Bhd.
AirAsia pacu KLIA jadi hab mega penerbangan dunia
AirAsia mengukuhkan komitmen untuk memacu keterhubungan ASEAN dan meningkatkan status rantau ini sebagai pusat transit global, setara Dubai.
76 peratus penerbangan menepati waktu yang dijadualkan - Loke
Bagi penerbangan yang menghadapi kelewatan pula sejumlah 90.2 peratus telah ditangguhkan kurang daripada dua jam manakala baki penerbangan ditangguhkan melebihi dua jam.
AirAsia tidak putus asa dapatkan lesen untuk beroperasi di Singapura
"Jangan sekat saya di Singapura," kata Tony Fernandes.
AirAsia kukuhkan rangkaian domestik, tambah 2,000 penerbangan mingguan
AirAsia akan memperluas rangkaian penerbangan domestik di seluruh Malaysia dengan menambah 2,000 penerbangan mingguan dan sejumlah 150,000 tempat duduk bagi 40 laluan utama menjelang akhir tahun ini.
AirAsia lancar dua laluan baharu ke China pada separuh kedua 2024
AirAsia akan mengendalikan sejumlah 33 laluan ke dan dari China pada separuh kedua 2024 dengan pelancaran dua laluan baharu.
Enam syarikat penerbangan sambung semula operasi di Lapangan Terbang Subang 1 Ogos
Loke berkata enam syarikat penerbangan tersebut ialah FireFly, AirAsia Malaysia, Batik Air Malaysia, SKS Airways, Transnusa, dan Scoot Pte Ltd.
Gangguan IT global: Tune Protect saran pelanggan semak polisi, kemuka tuntutan kelewatan penerbangan
Tune Protect berkata, tuntutan tersebut bergantung kepada polisi perlindungan dan tempoh kelewatan yang dialami penumpang AirAsia berikutan gangguan IT global baru-baru ini.