KUALA LUMPUR: Perjalanan udara terus mencatat pemulihan dengan aliran trafik penumpangnya melonjak 76.0 peratus pada Mac 2022 berbanding tempoh sama tahun lepas, kata Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).
Dalam laporan data penumpang bagi Mac 2022 yang dikeluarkan pada Rabu, IATA berkata impak keseluruhan akibat konflik di Ukraine ke atas permintaan perjalanan udara adalah terhad manakala kesan membabitkan Omicron pula lebih ketara di pasaran domestik Asia.
"Walaupun trafik pada Mac 2022 lebih rendah berbanding peningkatan permintaan sebanyak 115.9 peratus tahun ke tahun pada Februari, volum pada Mac adalah menghampiri paras prapandemik 2019 iaitu pada 41 peratus dan ke bawah," katanya dalam satu kenyataan.
Dalam pada itu IATA berkata aliran trafik domestik pada Mac juga meningkat 11.7 peratus berbanding tempoh setahun lepas dan jauh lebih rendah berbanding pemulihan 59.4 peratus tahun ke tahun pada Februari.
"Ini terutamanya disebabkan oleh sekatan pergerakan berkaitan Omicron di China. Jumlah hasil penumpang bagi setiap kilometer (RPK) susut 23.2 peratus berbanding Mac 2019," katanya.
RPK antarabangsa melonjak 285.3 peratus berbanding Mac 2021, mengatasi pulangan sebanyak 259.2 peratus pada Februari berbanding tempoh sama setahun sebelumnya.
"Sebahagian besar rantau mencatat prestasi lebih memberangsangkan berbanding bulan sebelumnya dan didahului oleh syarikat penerbangan di Eropah.
"Syarikat penerbangan Asia Pasifik menyaksikan peningkatan trafik sebanyak 197.1 peratus pada Mac berbanding tempoh sama pada 2021 -- menambah pulangan sebanyak 146.5 peratus pada Februari berbanding Februari 2021," katanya.
Ketua Pengarah IATA Willie Walsh berkata peningkatan permintaan yang ketara dan dijangkakan itu dapat direalisasikan susulan kelonggaran sekatan pergerakan di kebanyakan kawasan.
"Malangnya, kami juga melihat berlakunya kelewatan yang lama di sebahagian besar lapangan terbang dengan kekurangan sumber bagi menampung peningkatan bilangan trafik. Perkara ini perlu ditangani dengan segera bagi mengelak rasa teruja penumpang melakukan perjalanan udara, terjejas," katanya.
Walsh juga menyifatkan pemulihan perjalanan udara yang berterusan pada masa ini sebagai berita baik untuk ekonomi global selain menamatkan perpisahan ramai sahabat dan ahli keluarga dan membantu berjuta-juta orang yang bergantung kepada pengangkutan udara sebagai sumber pendapatan.
"Namun, malangnya terdapat tindakan segelintir kerajaan yang menghalang pemulihan ini dengan keadaan paling ketara berlaku di Netherlands," katanya.
Beliau merujuk kepada langkah termasuk tindakan kerajaan negara itu membenarkan lapangan terbang Schipol menaikkan caj sebanyak 37 peratus dalam tempoh tiga tahun ini bagi menampung kerugian yang dialami akibat COVID-19.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 04 2022
Peningkatan permintaan yang ketara dan dijangkakan itu dapat direalisasikan susulan kelonggaran sekatan pergerakan di kebanyakan kawasan. - Gambar fail
Haiwan peliharaan, terbiar juga boleh diserang strok haba
Bahang cuaca panas lazimnya memberi kesan kepada anjing, kucing dan arnab.
Threads kini mempunyai lebih 150 juta pengguna bulanan
Pengguna telah mula lebih bergiat berkongsi melalui Threads, dan ada yang telah mula hanya menggunakan Threads semata menggantikan Twitter.
Freedom Flotilla to Gaza: Ketegasan Malaysia sekat kapal Israel wajar dicontohi
Walaupun usaha itu dilihat kecil namun ia mampu memberi tekanan kepada rejim Zionis dan menjadi contoh kepada komuniti global.
Juruterbang bomba dihantar ke UAE jalani latihan tambahan secara simulasi
JBPM telah diberikan peruntukan sebanyak RM800,000 untuk menghantar kesemua 17 juruterbang ke negara terbabit.
Lebih 14,000 aduan diterima menerusi aplikasi MYJalan setakat ini - Ahmad Maslan
KKR juga telah menyelesaikan 86 peratus daripada 3,766 aduan diterima menerusi aplikasi itu setakat ini.
AWANI Pagi: Apa Erti Sebenar Cakna Autisme?
Bulan Kesedaran Autisme disambut setiap tahun pada bulan April, untuk meningkatkan kesedaran umum berkenaan diagnosis tersebut. Sejauh mana cakna masyarakat mengenai autisme setakat ini? Ikuti diskusinya dalam Awani Pagi 7.30 pagi Khamis bersama Afiezy Azaman & Azib Zikry.
KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter
KPT melalui PTPTN akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Lumut.
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
FFC mengesahkan sudah melengkapkan segala keperluan bagi membolehkan misi pelayaran Jumaat ini.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua keperluan sudah dilengkapkan, kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
Ia termasuk keperluan teknikal dan 'crewing' yang merujuk kepada proses menyediakan dan menguruskan ahli kru.
Freedom Flotilla to Gaza: Ideologi Nelson Mandela wajar dicontohi dalam misi capai keamanan - Cucu
Menurut Manlda Mandela, datuknya pencinta keamanan dan bukan seorang pendendam walaupun selepas berjaya mengalahkan rejim apartheid.
MAVCOM akan kemukakan pindaan ke atas levi karbon untuk diwartakan akhir April
MAVCOM akan mengemukakan pindaan kepada Kod Perlindungan Pengguna Penerbangan Malaysia 2016 (MACPC) berkaitan levi karbon untuk diwartakan menjelang akhir April 2024.
Permintaan penumpang udara global meningkat 21.5 peratus pada Februari - IATA
Jumlah kapasiti menokok 18.7 peratus tahun ke tahun manakala faktor muatan adalah 80.6 peratus.
IATA alu-alukan caj PSC baharu, perkhidmatan perlu sepadan
Goh berkata ketelusan diperlukan mengenai cara kos dapat diperoleh semula daripada pengguna lapangan terbang secara adil.
Permintaan penumpang udara global meningkat pada 2024 - IATA
IATA berkata permintaan antarabangsa melonjak 20.8 peratus manakala permintaan domestik naik 10.4 peratus.
Permintaan kargo udara global kembali pulih pada 2023 - IATA
Pasaran pengangkutan udara global menunjukkan permintaan kargo udara kembali pulih pada 2023 dengan prestasi suku keempat yang kukuh.
Malaysia Airlines lancar MHplus secara global untuk tingkat perkongsian pasaran utama
MHplus akan tersedia dalam enam negara seperti Malaysia, Indonesia, India, Australia, Singapura dan United Kingdom, berkuat kuasa 23 Jan 2024.
Perjalanan udara pada November 2023 cecah 99 peratus daripada paras 2019 - IATA
Jumlah trafik udara meningkat 29.7 peratus tahun ke tahun pada November 2023.
Permintaan kargo udara global melonjak 8.3 peratus pada November - IATA
Permintaan kargo udara global melonjak 8.3 peratus pada November 2023 berbanding bulan yang sama tahun sebelumnya, manakala pertumbuhan permintaan untuk operasi antarabangsa berada pada 8.1 peratus.
Jumlah kargo syarikat penerbangan Asia Pasifik naik 4.9 peratus pada Ogos 2023
Syarikat penerbangan Asia Pasifik menyaksikan jumlah kargo udara mereka, yang diukur dalam kargo tan bagi setiap kilometer (CTK), naik 4.9 peratus pada Ogos 2023 berbanding bulan yang sama pada 2022.
Trafik penumpang global meningkat 26.2 peratus pada Julai 2023 - IATA
Trafik global kini berada pada 95.6 peratus daripada tahap sebelum COVID-19, katanya dalam satu kenyataan hari ini.