Anak syarikat tidak langsung DRB-HICOM Bhd, Edaran Otomobil Nasional Bhd (EON) menjual keseluruhan pegangan dalam DRB-HICOM Leasing Sdn Bhd (DLSB) kepada DRB-HICOM EZ-Drive pada RM14.97 juta.
EZ-Drive dan DLSB merupakan anak syarikat milik penuh EON.
Setelah selesai cadangan penyusunan semula dalaman, DLSB akan menjadi anak syarikat milik penuh EZ-Drive.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, DRB-HICOM berkata cadangan penyusunan semula dalaman itu akan membolehkan EON mengukuhkan perniagaan pemajakan dan penyewaan kenderaan di bawah satu syarikat untuk operasi lebih cekap serta penjimatan kos yang akan menyumbang secara positif kepada pendapatan masa depan Kumpulan DRB-HICOM.
"Sekiranya tiada halangan, cadangan penyusunan semula dalaman itu dijangka selesai pada separuh pertama 2017," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Sementara itu, dalam makluman berasingan, EON turut mengumumkan penjualan keseluruhan pegangan dalam Multi Automotive Service and Assist Sdn Bhd.
Cadangan penjualan berkenaan adalah seiring dengan hasrat kumpulan DRB-HICOM untuk memperkemas operasi dengan melupuskan perniagaan tidak penting dan memberi tumpuan kepada perniagaan terasnya.
Dalam makluman berasingan kepada Bursa Malaysia, DRB-HICOM berkata anak syarikat milik penuhnya, PHN Industry Sdn Bhd telah menyelesaikan pemerolehan 10 juta saham biasa pada RM1.00 dalam Oriental Summit Sdn Bhd pada RM23.96 juta.
Penyusunan semula dalaman akan membolehkan aktiviti pembuatan bersama dilaksanakan oleh PHN Industry dan Oriental Summit Industries Sdn Bhd yang akan menghasilkan penjimatan kos bagi Kumpulan DRB-HICOM.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 31 2017
Anak syarikat tidak langsung DRB-HICOM Bhd, Edaran Otomobil Nasional Bhd (EON) menjual keseluruhan pegangan dalam DRB-HICOM Leasing Sdn Bhd (DLSB).
Freedom Flotilla to Gaza: Pelayaran sekali lagi ditangguh, Israel didakwa terus cetus kekacauan - FFC
Rejim Israel terus-menerus mahu menghalang pergerakan kapal-kapal terlibat dalam misi ini.
Taikun Vietnam dihukum penjara 8 tahun kerana tipu pelabur AS$40 juta
Tran Qui Thanh didapati bersalah menipu pelabur berhubung pinjaman yang dikeluarkan pada 2019 dan 2020.
Negara perlu beri pengajaran tegas, haramkan Bruce Gilley
Wisma Putra wajar menggesa kedutaan AS tampil memberi penjelasan dan memohon maaf kepada rakyat serta kerajaan Malaysia.
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
CAP minta kerajaan pertimbang tubuh Suruhanjaya Amal Malaysia
Mohideen berkata suruhanjaya itu pernah dicadangkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada 2020.
Anak syarikat DRB-HICOM jual keseluruhan pegangan dalam DRB-HICOM Leasing
Anak syarikat tidak langsung DRB-HICOM Bhd, Edaran Otomobil Nasional Bhd (EON) menjual keseluruhan pegangan dalam DRB-HICOM Leasing Sdn Bhd (DLSB) kepada DRB-HICOM EZ-Drive pada RM14.97 juta.