KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) mencatat jumlah aset sebanyak RM551.61 bilion pada 31 Disember 2021 berbanding RM488.04 bilion pada tahun sebelumnya.
Sebahagian besar atau 88 peratus daripadanya terdiri daripada portfolio rizab antarabangsa yang berjumlah RM486.85 bilion (2020 : RM432.37 bilion).
"Liabiliti bank berpunca terutamanya daripada deposit oleh institusi kewangan (RM159.89 bilion) manakala mata wang dalam edaran (RM150.07 bilion)," katanya dalam Laporan Tahunan BNM 2021 yang dikeluarkan hari ini.
Pada tahun lepas, BNM menjana pendapatan berjumlah RM14.73 bilion (2020: RM13.49 bilion), selepas ditolak kos berkaitan dengan pengurusan portfolio rizab antarabangsa dan kos menjalankan operasi monetari.
"Bagi 2021, BNM menjana keuntungan bersih selepas cukai berjumlah RM12.80 bilion (2020: RM10.24 bilion). Daripada jumlah ini, RM7.80 bilion akan diagih kepada Kumpulan Wang Rizab Am (2020: RM6.24 bilion).
"Baki keuntungan bersih sebanyak RM5 bilion (2020: RM4 bilion akan dibayar kepada kerajaan sebagai dividen.
"Daripada jumlah pendapatan ini, BNM mengeluarkan perbelanjaan untuk mengurus dan mentadbir operasi (perbelanjaan berulang) dan perbelanjaan untuk membiayai projek pembangunan dan projek jangka panjang selaras dengan objektif dan fungsi utama bank (perbelanjaan pembangunan)," katanya.
Menurut BNM, ini termasuk perbelanjaan yang melibatkan operasi mata wang dan perbelanjaan untuk menyelenggara infrastruktur pembayaran negara.
Pada 2021, BNM berkata perbelanjaan berulang dan perbelanjaan pembangunan ini berjumlah RM1.89 bilion (2020 : RM3.22 bilion).
"Meskipun BNM merupakan sebuah badan berkanun, BNM tidak bergantung kepada dana awam daripada kerajaan untuk membiayai operasi harian. Sebaliknya, operasi bank ini dibiayai oleh pendapatan yang diperoleh daripada pelaburan bank dalam rizab antarabangsa negara," katanya.
BNM turut mengurus kewangannya dengan matlamat untuk memastikan bank mempunyai sumber bagi melaksanakan mandatnya iaitu menggalakkan kestabilan monetari dan kewangan yang kondusif bagi pertumbuhan ekonomi Malaysia yang mampan.
"Dalam melaksanakan mandat ini, BNM komited untuk bertanggungjawab, berhemat dan berdisiplin dalam pengurusan sumber bank," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 30 2022
Sebahagian besar atau 88 peratus daripada aset BNM terdiri daripada portfolio rizab antarabangsa yang berjumlah RM486.85 bilion. - Foto BNM
BNM umum penyelesaian kenaikan kadar premium insurans perubatan tidak lama lagi - Fahmi
Bank pusat itu masih memerlukan sedikit masa sebelum membuat pengumuman.
Raja Charles III lawat mercu tanda ikonik Battersea Power Station
Raja Charles III meluangkan masa melawat Battersea Power Station, lokasi ikonik di tebing Sungai Thames, pada Khamis untuk menyaksikan pelbagai aktiviti sempena musim perayaan dan bertemu pemilik perniagaan kecil serta komuniti setempat.
Jualan kenderaan hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat
Jualan global bagi kenderaan jenis hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat untuk bulan ketujuh berturut-turut pada bulan November.
Polis tahan Papagomo berkaitan kes tipu kutipan dana
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu untuk siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan berkaitan kes tipu.
Kanada akan bertindak sekiranya Trump teruskan ancaman tarif
Kanada berupaya memotong bekalan tenaga ke beberapa bahagian di Amerika Syarikat jika Presiden Terpilih Donald Trump meneruskan ancaman mengenakan tarif ke atas Kanada.
Sidang kerja ekonomi pusat China atur pelan kerja 2025
Presiden China Xi Jinping dalam ucapannya pada sidang itu merumuskan kerja ekonomi China sepanjang 2024, di samping menganalisis situasi ekonomi semasa, selain mengaturkan kerja ekonomi pada 2025.
Gaji penengah Malaysia belum cukup tangani cabaran kos sara hidup
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Strategic Counsel, Hafidzi Razali, walaupun gaji penengah rakyat, RM2,700 kelihatan memadai di atas kertas, tetapi hakikatnya, lebih separuh rakyat Malaysia bergelut dengan bebanan hidup dan sukar mencapai kualiti asas hidup yang baik. Katanya, masalah ini perlu diatasi secara menyeluruh untuk memastikan rakyat benar-benar merasai manfaat pembangunan negara.
Prospek neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025, mencerminkan kekuatan lembaran imbangan mereka dan prospek pertumbuhan stabil dan sebahagian besarnya mengimbangi turun naik dan ketidaktentuan global terhadap pembangunan ekonomi dan geopolitik.
Pemulihan sektor pelancongan, permintaan pengguna dijangka meningkat
Permintaan pengguna dijangka akan meningkat pada tahun hadapan susulan pemulihan sektor pelancongan.
Keuntungan industri penerbangan global dijangka terus kukuh pada 2025
Industri penerbangan global diunjur memperkukuh keuntungan pada 2025 dengan keuntungan bersih 36.6 bilion Dolar Amerika atau RM161.8 bilion.
BNM umum penyelesaian kenaikan kadar premium insurans perubatan tidak lama lagi - Fahmi
Bank pusat itu masih memerlukan sedikit masa sebelum membuat pengumuman.
BNM umum langkah atasi kenaikan kadar premium insurans minggu depan - Amir Hamzah
Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengumumkan butiran lanjut mengenai langkah-langkah interim bagi mengatasi kenaikan kadar premium insurans pada minggu hadapan.
Kenaikan premium insurans perubatan harus munasabah, tidak membebankan - PM
Bank Negara Malaysia dan Kementerian Kesihatan akan menentukan kawalan supaya kenaikan premium insurans perubatan tidak terlalu tinggi, kata PM.
BNM masih berunding dengan pihak berkepentingan berhubung premium insurans perubatan - PM Anwar
Bank Negara Malaysia masih berunding dengan pihak berkepentingan berhubung cadangan kenaikan kadar premium insurans perubatan.
Suri rumah rugi RM130,000 selepas terperdaya tawaran kerja dalam talian
Seorang suri rumah berusia 50-an kerugian RM130,000 selepas menjadi mangsa penipuan tawaran kerja sambilan dalam talian di sini pada awal November lepas.
Bank Negara Malaysia keluarkan tiga syiling peringatan
Syiling peringatan itu akan dikeluarkan dalam dua denominasi iaitu Syiling Peringatan Perak Sterling (pruf) serta Syiling Peringatan Nordic Gold Brilliant Uncirculated (B.U.).
Aset rizab rasmi Malaysia AS$117.59 bilion akhir Oktober 2024 - BNM
Aset rizab rasmi berjumlah AS$117.59 bilion, manakala aset mata wang asing lain berjumlah AS$5.7 juta pada akhir Oktober 2024, kata Bank Negara Malaysia (BNM).
BNM arah ITO semak kenaikan caj premium perubatan agar harga lebih wajar
Syarikat insurans dan pengendali takaful (ITO) diarah untuk menyemak strategi penentuan semula harga insurans perubatan serta kesihatan (MHIT) untuk memastikan ia lebih wajar.
PKS perlu segera sepadukan amalan ESG dalam operasi perniagaan - BNM
Penguatkuasaan global dalam peraturan ESG oleh negara tertentu beri kesan kepada pengeksport Malaysia yang terlibat dalam rantaian bekalan.
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia naik kepada AS$118.0 bilion pada 15 Nov, 2024
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah AS$118.0 bilion pada 15 Nov, 2024, meningkat berbanding AS$117.6 bilion pada 30 Okt, 2024.