Radio merupakan salah satu medium yang hebat dalam menyatukan komuniti di sesuatu tempat dalam menyampaikan maklumat mahupun hiburan.

Sehubungan dengan itu, berjaya mencatatkan pertambahan peratusan pendengar yang semakin meningkat, Astro Radio sekali lagi telah berjaya mendominasi penyiar penyiar radio dari agensi lain di Kuching dan Kota Kinabalu apabila berjaya memperkukuhkan kedudukan sebagai stesen radio no 1 bagi stesen berbahasa Melayu, Inggeris dan Cina untuk bahagian Kuching, Sarawak dan Kota Kinabalu Sabah.

Menurut Pengurus Besar Astro Radio Sabah dan Sarawak, Mesh Nair, Astro Radio berjaya memperoleh peratusan pendengar sebanyak 46.4 % dengan populasi penduduk seramai 794,500 orang di kedua dua bandaraya tersebut dan ianya menunjukan bahawa sebanyak 98.6% orang mendengar radio.

Selain itu, Mesh turut menyatakan bahawa hasil kajian yang dijalankan oleh Nielsen Radio Audience Measurement di Sabah dan Sarawak yang dikeluarkan pada bulan jun 2013 lepas, Astro Radio berjaya mencatat peningkatan sebanyak 7% di Kuching dan Kota Kinabalu.

Kuching mencatat jumlah peratusan pendengar sebanyak 45.2% manakala di Kota Kinabalu pula sebanyak 48.8% yang menjadikan stesen radio era.fm, hitz.fm dan my.fm berjaya mengatasi stesen stesen radio yang lain di kedua dua bandaraya itu.

Hasil kajian juga menunjukkan bahawa stesen radio berbahasa Inggeris, Hitz.fm mendahului yang lain apabila berjaya menarik pendengar seramai 258,700 orang diikuti stesen radio bebahasa Melayu era.fm 241,000 orang dan stesen berbahasa Cina my.fm dengan jumlah 137,000 orang pendengar.

Mesh turut menyatakan bahawa mereka akan berusaha untuk terus menjadikan stesen stesen radio dibawah kelolaan Astro Radio terus menjadi pilihan ramai pendengar seratus peratus dari masa ke semasa dengan hiburan dan maklumat yang terkini dan terbaik.

Bertekad untuk terus melangkah ke hadapan, Astro Radio akan terus melabur dalam infrastruktur bagi memperluaskan lagi penyiaran mereka di negeri Sabah dan Sarawak dan pada April 2013 lalu, era.fm, hitz.fm dan my.fm telah melebarkan frekuensi mereka dan telah dapat didengari di Sandakan Sabah dan di Miri Sarawak dengan mengabungkan kandungan tempatan untuk pendengar di kedua dua bahagian tersebut pada masa hadapan.