Axiata Group Bhd sedang menganalisis semua kemungkinan kesan daripada cadangan penggabungan Idea Cellular Ltd dengan Vodafone India.
Dalam satu kenyataan hari ini, Axiata berkata, penilaian kedudukan kumpulan tersebut sebagai pemegang saham minoriti Idea adalah lanjutan daripada penilaian dan analisis berterusan mengenai portfolio pelaburan secara keseluruhannya.
Kenyataan itu merujuk kepada pengumuman syarikat bersekutu 19.9 peratusnya, Idea, kepada National Stock Exchange of India Ltd dan Bombay Stock Exchange Ltd hari ini.
Idea berkata, lembaga pengarahnya telah meluluskan skim penggabungan Vodafone India Ltd dan anak syarikat milik penuhnya, Vodafone Mobile Services Ltd dengan Idea.
Axiata berkata, langkah selanjutnya, jika ada, akan berdasarkan keputusan analisis menyeluruh berasaskan prinsip di atas yang akan memaksimumkan faedah kepada pemegang saham Axiata.
"Axiata telah menjadi pemegang saham penting dan strategik dalam Idea sejak sembilan tahun lepas.
"Seperti biasa, Axiata akan memastikan kedudukan pemegang saham ditangani secara terbaik, melalui antara lain, pengukuhan atau pembangunan industri," katanya.
Pada masa sama, Axiata juga akan memastikan kedudukan pelaburannya dalam Idea dimaksimumkan dari segi nilai dan kecairan, tambahnya. -- Bernama
Bernama
Mon Mar 20 2017
Kenyataan Axiata itu merujuk kepada pengumuman syarikat bersekutu 19.9 peratusnya, Idea, kepada National Stock Exchange of India Ltd dan Bombay Stock Exchange Ltd hari ini.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Axiata catat untung bersih RM365 juta bagi tahun kewangan 2020
Keuntungan bersih Axiata Group Bhd berkurangan kepada RM365.15 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2020 daripada RM1.46 bilion pada tahun sebelumnya.
Axiata analisis kemungkinan kesan penggabungan Idea-Vodafone India
Axiata Group Bhd sedang menganalisis semua kemungkinan kesan daripada cadangan penggabungan Idea Cellular Ltd dengan Vodafone India.
Pokemon GO tingkatkan jualan CelcomPay
Axiata Group Bhd mencatatkan peningkatan sebanyak 30% dalam perkhidmatan CelcomPay disebabkan lonjakan transaksi yang berkaitan dengan Pokemon GO, sejak permainan maya itu diperkenalkan di Malaysia.
Azman Mokhtar terajui Khazanah hingga Mei 2019
Khazanah Nasional Bhd telah memperbaharui kontrak pekerjaan Pengarah Urusannya, Tan Sri Azman Mokhtar, untuk tempoh tiga tahun berkuat kuasa 1 Jun, 2016 hingga 31 Mei, 2019.