Bajet 2022: RM1.5 bilion untuk pembangunan infrastruktur luar bandar Sabah, Sarawak

Astro Awani
Oktober 29, 2021 10:09 MYT
Tengku Zafrul berkata, peruntukan RM1.5 bilion difokuskan kepada projek jalan luar bandar dan jalan perhubungan desa sepanjang 519 kilometer yang akan memanfaatkan 130,000 penduduk setempat. - fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Sejumlah RM1.5 bilion diperuntukkan untuk pembangunan infrastruktur luar bandar di Sabah dan Sarawak.
Menerusi pembentangan Bajet 2022, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, ia merupakan sebahagian besar daripada peruntukan keseluruhan berjumlah RM2.5 bilion untuk projek jalan luar bandar, bekalan air, elektrik, lampu jalan kampung dan jambatan baharu dan uzur.
‘’Daripada keseluruhan peruntukan ini, sebahagian besar RM1.5 bilion ringgit disediakan untuk pembangunan infrastruktur luar bandar di Sabah dan Sarawak,’’ katanya.
Bajet 2022: Pembangunan luar bandar secara holistik
BACA SEMUA LAPORAN MENGENAI BAJET 2022 DI SINI
Selain itu, katanya peruntukan RM1.5 bilion juga difokuskan kepada projek jalan luar bandar dan jalan perhubungan desa sepanjang 519 kilometer yang akan memanfaatkan 130,000 penduduk setempat.
‘’Kedua, RM382 juta bagi bekalan air luar bandar dan air alternatif dengan sasaran lebih 4,800 buah rumah, ketiga, RM485 juta bagi bekalan elektrik luar bandar dengan sasaran lebih 2,100 buah rumah.
‘’Keempat, RM107 juta bagi memasang 7,000 unit lampu jalan kampung, menyelenggara lebih 500,000 unit lampu jalan kampung dan menaik taraf 20 buah jambatan uzur serta kerja-kerja awalan bagi 30 buah jambatan baharu,’’ tambahnya.
#bajet 2022 #Infrastruktur luar bandar #Sabah #Sarawak