KUALA LUMPUR : Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz sekali lagi menyuarakan keyakinan unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sekitar 5.5 hingga 6.5 peratus mampu dicapai menerusi inisiatif yang dibentangkan dalam Bajet 2022.
Malah jelasnya, unjuran tersebut adalah selari dengan unjuran pertumbuhan terbaharu yang digariskan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia.
Menurutnya, IMF mengunjurkan pertumbuhan 6 peratus manakala Bank Dunia mengunjurkan pertumbuhan 5.8 peratus.
"Kami yakin dengan inisiatif yang dibentangkan akan menyumbang kepada unjuran pertumbuhan KDNK 5.5 hingga 6.5 peratus.
"Ia akan turut dicapai melihat kepada kejayaan program vaksinasi dalam negara dan pembukaan semula sektor ekonomi dan sosial. Ini termasuk peningkatan permintaan luar daripada rakan kongsi dagangan utama.
"Saya juga sukacita ingin memaklumkan unjuran tersebut selari dengan unjuran terbaharu oleh IMF dan Bank Dunia. Unjuran IMF adalah pada kadar 6 peratus manakala Bank Dunia pada kadar 5.8 peratus," jelasnya.
Tengku Zafrul berkata demikian dalam sesi dialog bersama Pengerusi Bursa Malaysia Bhd, Tan Sri Wahid Omar menerusi Invest Malaysia 2021 siri dua pada Selasa.
Pada masa sama Tengku Zafrul turut menyuarakan keyakinan defisit fiskal kekal berada pada 6.5 peratus untuk tahun ini.
"Kerajaan yakin, tetapi bergantung pada prestasi hasil kita dan sejauh mana kita boleh mengutamakan semula perbelanjaan dan sudah tentu hasil akhir KDNK.
"Ia juga selaras dengan pembukaan ekonomi dan kejayaan program vaksinasi, kita menjangkakan kutipan hasil yang lebih kukuh pada suku ke-4, contohnya kita sudah melihat peningkatan dalam cukai jualan dan kutipan cukai perkhidmatan.
"Ini selaras dengan pembukaan semula lebih banyak sektor ekonomi yang terbuka terutamanya daripada sektor perkhidmatan juga," jelasnya.
Untuk rekod, Bajet 2022 mewakili bajet terbesar negara setakat ini dengan peruntukan RM332.1 bilion dan termasuk menyediakan bantuan tunai terbesar kepada rakyat B40 dengan Bantuan Keluarga Malaysia membabitkan hampir 10 juta penerima dan peruntukan RM8.2 bilion serta bantuan kebajikan melebihi RM2 bilion.
Bajet 2022 juga menjanjikan 600,000 pekerjaan baharu dengan peruntukan RM4.8 bilion.
Dalam perkembangan berkaitan, Tengku Zafrul menyatakan kerajaan akan mengumumkan pertumbuhan ekonomi suku ketiga dalam masa terdekat.
Namun, pertumbuhan ekonomi dijangka lemah berbanding unjuran yang dibuat sebelum ini susulan pelaksanaan sekatan mengekang penularan COVID-19 dalam negara.
"Pertumbuhan ekonomi suku pertama sudah diumumkan, seperti yang dijangka pertumbuhan sehingga 7.1 peratus KDNK dan tumpuan pula terarah kepada suku kedua.
"Kerajaan akan mengumumkan pertumbuhan ekonomi suku ketiga dalam masa terdekat minggu depan atau dalam minggu ini. Namun jangkaan pertumbuhan ekonomi yang lemah berbanding unjuran yang dibuat sebelum ini.
"Ini seperti yang anda sedia maklum susulan langkah mengekang penularan dalam tempoh tersebut. Namun, kerajaan yakin pertumbuhan ekonomi akan menyaksikan pemulihan pada suku keempat susulan pembukaan semula ekonomi dengan selamat.
"Dalam kata lain, kami yakin negara pada landasan tepat untuk mencapai 6.5 defisit fiskal seperti yang diunjukan pada 2021." jelasnya.
Astro Awani
Tue Nov 09 2021
Zafrul berkata IMF mengunjurkan pertumbuhan 6 peratus manakala Bank Dunia mengunjurkan pertumbuhan 5.8 peratus.
Bayaran yuran latihan e-sukan layak nikmati pelepasan cukai mulai tahun depan - Hannah
Perbelanjaan yuran keahlian gimnasium, mengikuti latihan atau kelas e-sukan, ekuestrian, renang, sukan bermotor dan taekwondo layak untuk menikmati pelepasan cukai sehingga RM1,000 mulai tahun depan.
PM Anwar beri sumbangan kepada Nur Khayla Azzahra
Sumbangan berkenaan disampaikan Setiausaha Politik beliau Farhan Fauzi yang mewakilinya bertemu Nur Khayla Azzahra dan keluarganya.
Fasa pertama Litar Pasir Gudang dijangka siap dalam tempoh tiga tahun - Tunku Abdul Rahman
Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim menjangkakan fasa pertama 'Johor Circuit' di Litar Pasir Gudang siap dalam tempoh dua hingga tiga tahun.
MYStartup lancar program pemecut ketiga perkasa syarikat pemula niaga
MYStartup terus memperkasa syarikat pemula niaga di Malaysia dengan memulakan program pemecut ketiganya MYStartup Accelerator Kohort 3.
Perdagangan Malaysia meningkat 7.1% tahun ke tahun kepada RM690.59 bilion - MITI
Perdagangan Malaysia bagi Januari hingga Mac 2024 mengekalkan trend peningkatan, merekodkan pertumbuhan 7.1 peratus tahun ke tahun kepada RM690.59 bilion, dengan lebihan dagangan RM34.22 bilion.
Keselamatan makanan, perubahan iklim agenda utama Malaysia selaku Pengerusi ASEAN
Memperkukuh keselamatan makanan serantau dan menangani cabaran mendesak perubahan iklim adalah antara agenda utama yang akan diketengahkan Malaysia apabila memegang tampuk Pengerusi ASEAN.
Freedom Flotilla to Gaza: 'Konflik Israel-Iran bukan urusan kami' - FFC
Misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla tetap akan diteruskan sekiranya konflik di antara Israel dan Iran terus meningkat.
KKR harap projek naik taraf 3 jalan di Johor dilaksana tahun depan - Ahmad Maslan
Kementerian Kerja Raya (KKR) berharap kerja naik taraf tiga jalan di Johor dapat dilaksanakan tahun hadapan susulan pertambahan kenderaan menggunakan jalan tersebut.
KDNK Malaysia suku pertama dianggar berkembang 3.9% dipacu sektor perkhidmatan - DOSM
Sektor pembinaan menunjukkan pertumbuhan yang signifikan sebanyak 9.8 peratus berbanding 3.6 peratus pada suku tahun sebelumnya, terutama dipacu oleh subsektor kejuruteraan awam.
MARGMA yakin permintaan sarung tangan getah global meningkat pada 2024
Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA) yakin permintaan global terhadap sarung tangan getah akan meningkat pada 2024.
KDNK Malaysia suku pertama dianggar berkembang 3.9% dipacu sektor perkhidmatan - DOSM
Sektor pembinaan menunjukkan pertumbuhan yang signifikan sebanyak 9.8 peratus berbanding 3.6 peratus pada suku tahun sebelumnya, terutama dipacu oleh subsektor kejuruteraan awam.
Bursa Malaysia ditutup tinggi susulan sentimen yang bertambah baik
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 4.34 mata atau 0.28 peratus kepada 1,544.76 daripada paras penutup 1,540.42 pada Rabu.
Ringgit terus ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7840/7870 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.7910/7950 pada Rabu.
IMF semak naik unjuran KDNK Malaysia kepada 4.4 peratus bagi 2024
IMF menerusi Tinjauan Ekonomi Dunia terbaharunya juga menjangkakan pertumbuhan KDNK kekal pada 4.4 peratus dalam 2025.
Pasaran getah ditutup rendah, ambil petunjuk prestasi lemah pasaran serantau
Pada 5 petang, harga rujukan LGM untuk getah fizikal GMM 20 berada pada 766.5 sen sekilogram manakala susu getah pukal ialah 735 sen sekilogram.
KDNK China meningkat 5.3 peratus pada suku pertama 2024
Ekonomi China berkembang lebih kukuh daripada jangkaan pada awal tahun ini, sebahagian besarnya disebabkan oleh aktiviti kilang yang teguh.
Projek berkaitan ECRL dijangka tingkat aktiviti sosioekonomi dalam pelbagai sektor - MIDA
MIDA berkata ECRL menawarkan banyak peluang kepada syarikat tempatan dan menjadi satu kerugian besar sekiranya ia tidak dimanfaatkan.
Penganalisis positif terhadap prospek pertumbuhan sektor industri tahun ini
Penganalisis masih positif terhadap prospek pertumbuhan sektor perindustrian tahun ini.
Sentimen perniagaan Malaysia kembali positif pada suku pertama 2024 - BCI RAM-CTOS
BCI RAM-CTOS, yang menilai sentimen perniagaan berpandangan ke hadapan di Malaysia, meningkat kepada 53.4 pada suku pertama 2024.
CIMB kekalkan unjuran KDNK Malaysia pada 4.9 peratus untuk 2024
Petunjuk awal aktiviti ekonomi yang bertambah baik disokong oleh kenaikan semula dalam volum eksport dalam dua bulan pertama tahun ini.