KUCHING: Berita baik buat seluruh penjawat awam negeri Sarawak.
Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg hari ini mengumumkan seluruh penjawat awam di negeri berkenaan bakal menerima Bantuan Khas Kewangan berjumlah satu setengah bulan gaji.
Perkara itu diumumkan Abang Johari semasa pembentangan Bajet Sarawak 2022 susulan Mesyuarat Khas Bajet Negeri di Pusat Konvensyen Borneo di sini, pada Selasa.
"Sebagai menghargai khidmat bakti uang dicurahkan oleh para penjawat awam dalam mengurus jentera kerajaan khususnya dalam menangani suasana getir pandemik ini, saya dengan amat berbesar hati mengumumkan pemberian satu setengah bulan Bantuan Khas kewangan buat para penjawat awam negeri," kata Abang Johari.
Menurut Abang Johari, tidak dilupakan para penjawat awam Persekutuan di Sarawak yang akan juga mendapat Bantuan Khas Kewangan berjumlah RM500 seorang sebagai penghargaaan Kerajaan Negeri terhadap sumbangan mereka dalam memakmurkan negeri Sarawak.
Dalam Bajet 2022 yang dibentangkan dalam mesyuarat Dewan Undangan Negeri (DUN), Abang Johari turut mengumumkan edisi bajet ini merekodkan jumlah tertinggi dalam sejarah negeri Sarawak dengan RM10.646 bilion.
"Pendapatan negeri dianggarkan sebanyak RM10.036 bilion dan ini menyaksikan jangkaan defisit sekitar RM610 juta.
Bajet Sarawak 2022 ini turut menggariskan lapan teras strategik yang memberi keutamaan kepada kesejahteraan hidup rakyat.
"Antara perkara penting yang dilaksanakan termasuklah Bantuan Khas Sarawakku Sayang 8.0 dengan peruntukan RM285.47 juta.
"Pada tahun hadapan, kita juga telah memperuntukkan skim baharu untuk rakyat iaitu Skim Bantuan Deposit Perumahan Untuk golongan B40 dan M40 berjumlah RM10,000 tunai, yang akan dimanfaatkan 1,200 pembi rumah.
Tegas Abang Johari, Bajet 2022 ini turut bertujuan membantu dan meningkatkan taraf hidup rakyat dalam menghadapi situasi getir sekarang.
Terdahulu Ketua Menteri yang diiringi Speaker DUN Sarawak Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar dan Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan menjelaskan adalah kelulusan Belanjawan Negeri 2022 ini adalah tertakluk kepada kuasa yang diberikan kepada Ketua Menteri Sarawak atau Pihak Kewangan Negeri mengikut Seksyen 11 Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) (Sarawak) 2021.
Rudi Affendi Khalik
Tue Oct 12 2021
Abang Johari mengumumkan Belanjawan 2022 memperuntukan jumlah tertinggi dalam sejarah negeri iaitu berjumlah RM10.646 bilion. - Foto: Jabatan Penerangan Negeri Sarawak
Keputusan rayuan sabitan bersalah Siti Bainun abai, aniaya Bella tangguh 2 Mei
Siti Bainun Ahd Razali di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap sabitan dan hukuman penjara 12 tahun bagi kesalahan mengabai serta menganiaya seorang remaja perempuan sindrom Down atau Bella.
Nahas helikopter Lumut: Penghormatan terakhir buat kru TLDM terkorban
Semua jenazah akan dibawa sebaik proses bedah siasat dijalankan selesai di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh.
EPL: Kai Havertz pastikan Arsenal menang bergaya tewaskan Chelsea
Kemenangan itu meletakkan Arsenal tiga mata di hadapan Liverpool yang kini berada di tangga kedua dengan bermain lebih satu perlawanan.
Tesla mula jual robot Optimus menjelang akhir tahun depan - Elon Musk
Beberapa syarikat telah mempertaruhkan robot humanoid untuk penuhi potensi kekurangan tenaga kerja dan melaksanakan tugas berulang.
Cedera terkena letupan, padah tendang bendera Palestin
Letupan kuat dan asap tebal memenuhi lokasi tersebut sejurus dia menendang bendera Palestin yang dipasang di tengah kawasan padang rumput.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [24 April 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Geegee Ahmad & Azib Zikry;
Nahas helikopter Lumut: ATM, TLDM tubuh Lembaga Siasatan
Freedom Flotilla to Gaza: Misi sekali lagi ditangguhkan
Hafizul terlibat kes tembak KLIA akan didakwa hari ini
Nahas helikopter Lumut: ATM, TLDM tubuh Lembaga Siasatan
Freedom Flotilla to Gaza: Misi sekali lagi ditangguhkan
Hafizul terlibat kes tembak KLIA akan didakwa hari ini
Azerbaijan minta ICJ teruskan kes terhadap Armenia
Ia adalah salah satu daripada dua kes yang dilakukan oleh musuh negara jiran selama berdekad-dekad konflik etnik sesama mereka.
Fahami pasaran sebelum perjalanan pemula niaga adalah penting - Pengasas
Peralihan daripada usahawan solo kepada ketua yang boleh membina dan meneraju pasukan juga penting.
AWANI Ringkas: Bedah siasat 10 mangsa dijangka selesai hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Laporan kubur besar Gaza membimbangkan' - Jurucakap AS
Pekerja kesihatan Gaza menemui sekurang-kurangnya 283 mayat dalam satu kubur besar di Hospital Nasser di bandar selatan Khan Younis.
Bajet Sarawak 2022: Penjawat awam negeri itu terima bantuan satu setengah bulan gaji - Abang Jo
Bajet Sarawak 2022 hari ini diluluskan dan antara lain memperuntukkan bantuan khas sebanyak sebulan setengah gaji kepada seluruh penjawat awam Sarawak.
Darurat Sarawak: Belanjawan negeri 2022 tetap boleh diluluskan - Speaker DUN
Pembentangan Belanjawan Sarawak 2022 tetap boleh diluluskan tanpa mendapatkan kelulusan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak.