KUALA LUMPUR: Industri perbankan perlu proaktif dan memastikannya terus membina kapasiti yang diperlukan untuk memberi sokongan kepada peminjam yang memerlukan bantuan dengan cekap dan tepat pada masanya, kata Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Shaik Abdul Rasheed Abdul Ghaffour.
Beliau berkata ini termasuk memberikan pembiayaan baharu untuk menyokong pemulihan ekonomi berikutan lebih banyak perniagaan telah dibenarkan untuk beroperasi semula secara berperingkat.
"Sejak pembaharuan struktur selepas era Krisis Kewangan Asia, bank telah menjadi sumber kestabilan dan kekuatan.
"Ini perlu berterusan, walaupun bank menghadapi impak jangka panjang daripada pandemik, termasuk potensi pengurangan pendapatan dua kali ganda dan kegagalan membayar pinjaman yang tinggi oleh individu dan perniagaan," katanya dalam ucaptama penutup pada Sidang Kemuncak Kewangan dan Perbankan Malaysia 2021 secara maya hari ini.
Anjuran bersama KSI Strategic Institute for Asia Pacific dan Kelab Ekonomi Kuala Lumpur, acara selama sehari itu menghimpunkan pegawai bank kanan, pakar teknologi dan pemimpin pemikiran untuk membincangkan mengenai cabaran pasca pandemik yang dihadapi bank dan institusi kewangan dalam normal baharu.
Pada akhir suku kedua 2021, pinjaman tertunggak untuk segmen perniagaan dan isi rumah, masing-masing meningkat sebanyak 1.3 peratus dan 5.3 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas, kata Abdul Rasheed.
Beliau berkata bank perlu terus mengukuhkan peranan kitaran balas mereka untuk menyokong ekonomi dengan terus membiayai peminjam yang berdaya maju tetapi mempunyai masalah kewangan manakala BNM akan terus membantu industri dengan memberikan sokongan dalam pelbagai bidang.
"Industri kewangan perlu merebut peluang ini untuk menyumbang kepada proses pemulihan dan agenda pembaharuan negara yang lebih luas.
"Pandemik telah memberi penekanan kepada masalah struktur dalam ekonomi, terutamanya dalam pasaran tenaga kerja, apabila lebih banyak kumpulan pekerja rentan terjejas," kata Abdul Rasheed.
Dalam ekonomi menuju tempoh pemulihan, beliau percaya dasar perlu beralih daripada mengekalkan pekerjaan kepada mewujudkan pekerjaan dan bank boleh menyumbang melalui penyediaan pembiayaan dan juga sokongan dengan cara lain.
Selain itu, beliau berkata bank perlu memfokuskan kepada kemampanan sebagai antara usaha menggalakkan pemulihan ekonomi, seiring tumpuan global untuk mencapai keseimbangan dalam kemajuan ekonomi, sosial dan alam sekitar.
"Bank mempunyai peranan utama dalam peralihan kepada ekonomi lebih menguntungkan. Sebagai contoh, penyelesaian ekonomi kitaran inklusif dan model perniagaan dilihat sebagai aspek penting untuk pembangunan mampan dan masih disifatkan sebagai usaha niaga berisiko tinggi bagi pembiaya.
"Ini adalah peluang untuk sektor perbankan menjalin kerjasama erat dengan pihak berkepentingan berkaitan, termasuk penggubal dasar untuk membangunkan instrumen pembiayaan baharu dan inovatif bagi mengurangkan risiko pelaburan ekonomi kitaran di samping memastikan pelaksanaan inisiatif yang tepat untuk perkongsian awam-swasta yang lebih baik," katanya.
Sementara itu, Abdul Rasheed berkata BNM komited untuk menggalakkan persekitaran yang membolehkan perkongsian data dalam sektor kewangan dengan menumpukan kepada pembangunan standard yang sama terhadap kes gunaan berimpak tinggi dan memperkukuh rangka kerja tadbir urus data digital bagi memastikan perlindungan dan layanan yang adil kepada pengguna pembiayaan.
"Malah, sektor perbankan perlu melaksanakan sebahagian besar kemajuan dalam ekosistem data untuk meningkatkan lagi penyertaan pembiayaan, memperkasa pengguna agar membuat keputusan yang tepat dan membangunkan penyelesaian pembiayaan yang inovatif dan memanfaatkan rakyat secara keseluruhan.
"Terdapat kemajuan yang menggalakkan dalam aspek membangunkan model pemarkahan kredit alternatif yang mempunyai sumber data lebih luas dan penyediaan akses terhadap data pengurusan pembiayaan peribadi masa nyata untuk pengguna," katanya.
Beliau berkata usaha ini tentunya penting dan sektor perbankan perlu terus menunjukkan kemajuan dalam bidang ini.
Abdul Rasheed berkata BNM akan melancarkan Rangka Tindakan Sektor Pembiayaan pada awal tahun depan yang akan menetapkan visi bagi sektor pembiayaan 2022-2026.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 21 2021
Abdul Rasheed berkata BNM akan melancarkan Rangka Tindakan Sektor Pembiayaan pada awal tahun depan yang akan menetapkan visi bagi sektor pembiayaan 2022-2026. - Gambar fail/REUTERS
Nyawa tiada nilai, maruah pula dibuat main oleh Israel
Sudahlah kejam, jijik, tidak beradap pula. Tidak cukup dengan kekejamannya membunuh berpuluh ribu rakyat Palestin, nyawa manusia di bumi Gaza itu bagaikan tiada nilai buat mereka. Dalam beberapa video yang tular baru-baru ini, tentera Israel dengan bangganya memperolok maruah rakyat Palestin dengan bermain pakaian dalam wanita yang ditemui di rumah-rumah penduduk di situ.
Libya giat langkah kumpul derma untuk Gaza
Libya tampil dengan beberapa inisiatif mengumpul dana untuk dihantar ke Gaza.
Antara kempen bantuan yang diiktiarkan termasuk kempen yang bermatlamat untuk mengumpul 2,000 tan bantuan yang akan dimuatkan ke dalam kapal berlayar dari Misrata ke Pelabuhan Arish sebelum ianya dihantar ke Enklaf Gaza menerusi laluan Rafah.
Antara kempen bantuan yang diiktiarkan termasuk kempen yang bermatlamat untuk mengumpul 2,000 tan bantuan yang akan dimuatkan ke dalam kapal berlayar dari Misrata ke Pelabuhan Arish sebelum ianya dihantar ke Enklaf Gaza menerusi laluan Rafah.
Kisah bayi Leila Jeneid bukti Israel tidak berhati perut
Leila Jeneid, bayi yang berusia dua bulan belum lagi berkesempatan merasai nikmat hidup dan mendapat pelukan mesra keindahan dunia. Baru sahaja mencelik mata, dia sudah diuji dengan kesengsaraan kekurangan zat sehingga menyebabkannya berakhir di hospital.
TikTok perkenal pusat pilihan raya bagi tangani info palsu
TikTok merancang untuk melancarkan pusat pilihan raya dalam talian di platform itu sebagai sebahagian daripada usaha menyokong integriti pilihan raya sepanjang 2024.
Lebih daripada dua bilion orang dalam lebih 50 negara dijangka keluar mengundi tahun ini dan pusat pilihan raya itu akan digunakan untuk menunjukkan kepada orang ramai maklumat yang boleh dipercayai.
Lebih daripada dua bilion orang dalam lebih 50 negara dijangka keluar mengundi tahun ini dan pusat pilihan raya itu akan digunakan untuk menunjukkan kepada orang ramai maklumat yang boleh dipercayai.
Baki stok simpanan air di empat empangan pada paras kritikal - NADMA
Empat empangan air di Johor, Pulau Pinang dan Kedah menunjukkan penurunan paras simpanan sumber air mentah pada paras kritikal setakat 27 Mac susulan cuaca panas.
Puluhan wau 'warnai' langit malam Kampung Panchor
Cuaca panas yang melanda Kedah sejak kebelakangan ini dilihat sedikit sebanyak merubah rutin seharian penduduk setempat. Di Kampung Panchor, Pendang, sekumpulan anak muda telah memulakan satu aktiviti yang jarang dilihat di kawasan lain iaitu bermain wau pada waktu malam.
Dua jasad dari enam mangsa hilang ditemukan
Dua jasad daripada enam pekerja pembinaan yang hilang dalam insiden jambatan yang runtuh di Baltimore, Amerika Syarikat telah ditemukan pada Khamis.
6 kereta, tiga rumah terjejas dalam kejadian pokok tumbang di KL
Hujan lebat di sekitar kawasan Kuala Lumpur pada petang Khamis menyebabkan beberapa pokok tumbang dan menghempap kenderaan orang awam.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur menerusi kenyataan berkata, pihaknya menerima lapan laporan pokok tumbang di beberapa kawasan termasuk di Bukit Jalil, Sri Petaling dan Taman Salak Selatan.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur menerusi kenyataan berkata, pihaknya menerima lapan laporan pokok tumbang di beberapa kawasan termasuk di Bukit Jalil, Sri Petaling dan Taman Salak Selatan.
Tabung Pembangunan Ehsan Selangor-Gaza dilancar
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah pada Khamis berkenan melancarkan Tabung Pembangunan Ehsan Selangor-Gaza, iaitu antara inisiatif kerajaan Selangor bagi membangunkan semula wilayah Gaza di Palestin.
Baginda menerusi kenyataan bertitah Pembangunan Ehsan Selangor-Gaza, yang dijalankan dengan kerjasama Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), melibatkan tiga projek pembangunan di atas tanah wakaf di Gaza, yang memerlukan dana berjumlah RM8.7 juta.
Baginda menerusi kenyataan bertitah Pembangunan Ehsan Selangor-Gaza, yang dijalankan dengan kerjasama Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), melibatkan tiga projek pembangunan di atas tanah wakaf di Gaza, yang memerlukan dana berjumlah RM8.7 juta.
Tol percuma pada 8 dan 9 April sempena Aidilfitri - Nanta
Kerajaan bersetuju memberikan kemudahan tol percuma selama dua hari pada 8 dan 9 April kepada semua pengguna lebuh raya bagi kenderaan kelas 1 (persendirian) yang akan pulang ke kampung halaman sempena Aidilfitri tahun ini.
OPR Malaysia dijangka kekal stabil pada 3.0 peratus sepanjang 2024 - PIVB Research
Ini selaras dengan pandangan BNM bahawa tahap OPR semasa mencerminkan pendirian dasar monetari yang menyokong serta kondusif kepada ekonomi.
Jualan asing di Bursa Malaysia susut 24.4 peratus minggu lepas
MIDF Research berkata pelabur asing merupakan penjual bersih dari Isnin hingga Rabu, menjual ekuiti bernilai RM757.5 juta.
Ringgit dibuka rendah sedikit menjelang pengumuman data IHP
Pada 9.05 pagi, ringgit turun kepada 4.7390/7430 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.7340/7390 pada Jumaat minggu lepas.
Inflasi kos perubatan dorong peningkatan kadar premium insurans - Timbalan Menteri Kewangan
Inflasi kos perubatan tinggi dan trend penggunaan perkhidmatan kesihatan yang semakin meningkat merupakan antara faktor utama yang mendorong peningkatan kadar premium MHIT.
Bagasi berisi wang tunai lebih RM500,000 ditemukan, polis kesan pemilik
Seorang pengawal keselamatan menemukan sebuah bagasi berisi wang tunai berjumlah lebih RM500,000 di tempat letak kereta di sebuah pusat beli-belah di Damansara pagi semalam.
Tindakan secara kolektif diperlukan untuk lindungi ringgit - Bank Negara
Tindakan secara kolektif amat diperlukan untuk melindungi mata wang tempatan ini, menurut Bank Negara Malaysia (BNM).
Malaysia tidak akan berdepan krisis imbangan pembayaran - Timbalan Gabenor BNM
Malaysia tidak akan menghadapi krisis imbangan pembayaran (BOP) kerana negara sentiasa mencatatkan lebihan akaun semasa secara konsisten, kata Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Marzuni
Daya tahan operasi institusi kewangan kekal utuh - Bank Negara
Daya tahan operasi institusi kewangan kekal utuh pada separuh kedua tahun 2023.
Bank Negara fokus tingkatkan kekukuhan ekosistem kewangan Islam tahun ini
Bank Negara Malaysia menjadikan 2024 sebagai keutamaan untuk meningkatkan kekukuhan ekosistem kewangan Islam Malaysia.
Malaysia dijangka catat KDNK 4-5 peratus pada 2024 - Bank Negara
Ekonomi Malaysia diunjurkan berkembang antara 4.0 dan 5.0 peratus pada 2024.