KUALA LUMPUR: Bina Darulaman Bhd (BDB) menjangkakan projek fasa satu Langkawi Premium Outlet (LPO) akan siap pada hujung Oktober tahun ini.
Pengerusi Eksekutif BDB Che Had Dhali berkata tahap persiapan projek tersebut telah mencapai 95 peratus.
"Saya sangat gembira mengenai pembukaan projek ini serta 36 daripada 38 unit LPO ini telah berjaya disewakan kepada usahawan tempatan, ini adalah perkembangan baik buat BDB," katanya ketika membuat lawatan kerja di Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) di sini.
Dalam masa sama, beliau berkata fasa kedua projek berkenaan dijangka siap pada 2024 merangkumi keluasan secara keseluruhan 17.40 hektar.
"Sekarang ini kami menggunakan lebih 10 peratus keluasan tanah tersebut untuk menempatkan 38 unit kedai atau outlet selain surau, tempat rehat, ruang legar dan sebagainya," katanya.
September tahun lalu, Bernama melaporkan BDB mengumumkan syarikat usaha sama dengan Perbadanan Menteri Besar Kedah (MBI), BDBMBI Langkawi Ventures Sdn Bhd bakal membangunkan projek komersial bersepadu 'Premium Outlet' yang meliputi ruang perniagaan, makanan dan minuman serta kemudahan rekreasi di Langkawi.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan BDB, Faris Najhan Hashim berkata projek dengan kerjasama Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) itu akan dibangunkan di Padang Matsirat, bersebelahan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi.
Sementara itu, Che Had mengharapkan hasil lawatan kerja ke Bernama dapat merangka kerjasama dan hubungan baik antara pihaknya bersama media.
"Melalui media ini, kami mempunyai sasaran untuk meningkatkan jenama BDB sendiri," katanya sambil menambah BDB juga banyak menganjurkan program melibatkan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) iaitu usahasama rapat BDB dengan masyarakat.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 29 2022
BDB menjangkakan projek fasa satu Langkawi Premium Outlet (LPO) akan siap pada hujung Oktober tahun ini. - Foto Sinar Harian
Piala Uber: Pearly ambil sudut positif jika tidak ke Chengdu
Pearly Tan tidak berasa kecil hati sekiranya beliau dan pasangan M. Thinaah, tidak disenaraikan ke skuad Piala Uber 2024 di Chengdu, China.
Penguasaan asas teknologi AI sangat penting untuk pelajar
Penguasaan terhadap asas AI adalah perlu dan penting seiring dengan penguasaan 3M (menulis, mengira dan membaca).
Pasaran saham ST1 positif, dijangka berterusan sehingga H2
Pasaran FBM KLCI mencatat prestasi baik dengan pulangan sekitar 5.7%. Imran Yassin Md Yusof, Ketua MIDF Research, menjangkakan sentimen positif akan berterusan sehingga separuh kedua tahun ini. Sektor cemerlang termasuk utiliti, hartanah, dan pembinaan.
Peningkatan IHPR beri petanda positif kepada perdagangan
Menurut Pengarah Program MBA, Putra Business School (PBS), Prof Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff, prestasi Indeks Harga Pengeluar (IHPR) Pengeluaran Tempatan Malaysia yang meningkat pada Februari 2024 menyifatkan pertumbuhan perdagangan berada di tahap yang baik.
Jangan ambil tindakan sendiri, Malaysia ada undang-undang - KPN
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain memberi amaran dan peringatan keras kepada orang ramai untuk tidak mengambil tindakan sendiri.
SolaRIS memberdaya permintaan solar, tingkat peluang kerja - Pakar
Permohonan boleh dibuat bermula 1 April sehingga 31 Disember 2024 dan permohonan NEM Rakyat yang telah diperolehi perlu beroperasi selewat-lewatnya 31 Mac 2025, atau sehingga kesemua kuota rebat SolaRIS habis diagihkan, yang mana terdahulu.
Masyarakat dinasihati pantau penggunaan tenaga elektrik
Ketua Pegawai Retail, Tenaga Nasional Berhad (TNB), Kamal Ariffin A.Rahman berkata cuaca panas melampau mampu memberi kesan kepada kadar permintaan dan penggunaan peralatan elektrik isi rumah.
Perginya Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee
Jenazah Tokoh Wartawan Negara 2014 allahyarham Datuk Ahmad Rejal Arbee Mahmud Isa Arbee selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Seksyen 7 Shah Alam pada Jumaat.
'No free lunch', tiada penambahan hari tol percuma - Ahmad Maslan
Kerajaan tidak berhasrat untuk menambah bilangan hari bagi pemberian tol percuma sempena Aidilfitri tahun ini.
Masters Sepanyol: Jun Hao, Wan Arif-Roy King teruskan cabaran
Leong Jun Hao mengesahkan slot suku akhir Sepanyol Masters Super 300 selepas menewaskan pilihan keenam dari Taiwan, Lin Chun Yi.
BDB jangka Langkawi Premium Outlet siap Oktober ini
Pengerusi Eksekutif BDB Che Had Dhali berkata tahap persiapan projek tersebut telah mencapai 95 peratus.