Belanjawan 2019: 'Bukan bajet jimat, perlukan pengorbanan' - Guan Eng

Harits Asyraf Hasnan
Oktober 9, 2018 05:59 MYT
LGE: Rakyat harus bersedia untuk membuat pengorbanan menerusi pembentangan belanjawan yang bakal dibentang pada 2 November ini. - fotoBERNAMA
Kerajaan akan memperkenalkan beberapa langkah baru sistem percukaian yang akan dibentangkan menerusi Belanjawan 2019.
Bagaimanapun, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata kerajaan akan lebih berhati-hati untuk tidak memperkenalkan bajet penjimatan.
Tambahnya, rakyat harus bersedia untuk membuat pengorbanan menerusi pembentangan belanjawan yang bakal dibentang pada 2 November ini.
“Nilai bayaran semula (cukai) yang besar ini pastinya menjadi perangsang kepada penggunaan swasta dan pelaburan.
“Bagaimanapun, dalam konteks ini, memetik kata-kata Perdana Menteri; “Belanjawan ini adalah belanjawan pengorbanan. Semua perlu berkorban. Jadi, kita perlu terima hakikat bahawa kita perlu berkorban,” katanya pada Sidang Kemuncak Pelaburan bertemakan 'Malaysia: A New Dawn' di sini, hari ini.
Katanya, Jawatankuasa Reformasi Cukai yang dibentuk kerajaan telah diamanahkan untuk mempelbagaikan pendapatan cukai selain menjadikan sistem percukaian lebih efisen, neutral dan progresif.
Jelasnya, dalam pendekatan konsolidasi kewangan yang dilakukan kerajaan kini, kerajaan akan memastikan tidak terperangkap dalam ‘jerat penjimatan’.
#Azmin Mohamad #bajet #Belanjawan 2019 #cukai #ekonomi #fiskal #gaji #Lim Guan Eng #Mahathir Mohamad #Malaysia Baharu #Menteri Kewangan #pelaburan #perumahan #rakyat #SST #Wan Azizah Wan Ismail