Kalangan pelabur hartanah serta mereka yang berhasrat memiliki rumah sendiri, disaran membeli hartanah itu pada tempoh pasca COVID-19 berikutan jangkaan bahawa harga aset itu akan susut.
Pengurus Negara PropertyGuru Malaysia, Sheldon Fernandez berkata terdapat kemungkinan pemaju hartanah menambah nilai (kepada projek atau unit yang ditawarkan) manakala harga yang diminta terhadap hartanah itu pula akan berkurangan.
Selain itu, katanya, persekitaran pembiayaan juga akan lebih kondusif berikutan tindakan Bank Negara Malaysia (BNM) menurunkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) berbanding 8.0-9.0 peratus atau pada kadar dua angka sebelum ini.
Pada masa sama, beliau turut mengingatkan bahawa usaha pembelian hartanah memerlukan komitmen serta pelaburan jangka panjang.
"Oleh itu, ia bukan satu pilihan yang baik sekiranya seseorang itu tidak mampu untuk membelinya bagi tempoh tertentu walaupun harga dijangka jatuh dalam tempoh singkat pasca COVID-19 serta kemungkinan keadaan pulih pada masa terdekat," katanya dalam persidangan maya bertajuk 'Beli Hartanah Atau Tidak Pasca COVID-19?' anjuran PropertyGuru Malaysia.
Beliau berkata, walaupun kerajaan baru-baru ini mengumumkan beberapa langlah bagi membantu orang ramai seperti moratorium mengenai pembayaran balik pinjaman serta penstrukturan semula baki kad kredit tertunggak selama enam bulan, ini tidak memadai untuk mereka yang berhasrat mencari penyelesaian jangka pendek.
Merujuk krisis kewangan Asia 1997/1998, beliau berkata kediaman jenis bertingkat dan rumah teres merupakan kategori hartanah yang lebih berdaya tahan berbanding lain sepanjang krisis serta tempoh pemulihan terbabit.
Bagaimana pun, katanya, keadaan mungkin tidak sama bagi tempoh pasca COVID-19 kerana ini merupakan situasi di luar jangka dan tidak pernah dialami sebelum ini.
Pada 3 Mac lepas, BNM bertindak menurunkan OPR sebanyak 25 mata asas kepada 2.50 peratus manakala kadar lantai dan siling koridor OPR turut dikurangkan masing-masing pada 2.75 peratus dan 2.25 peratus.
Oleh itu, berikutan lebih banyak kecairan domestik dan penyusutan ketara permohonan pinjaman, akan menyaksikan institusi kewangan mendapatkan peminjam berkualiti, demikian menurut salah seorang panelis pada program itu, Ketua Pegawai Eksekutif MyProperty Data Joe Hock Thor.
"Keadaan semasa mungkin disenangi oleh pelabur spekulatif kerana mempunyai pilihan baik bagi mendapatkan aset-aset yang baik. Faktor yang ada ialah dari segi permintaan dan masa.
"Saya juga percaya penurunan harga dan kadar faedah rendah itu akan meningkatkan dari segi pulangan sewa," katanya.
Selain itu, beliau berkata adalah penting untuk kalangan pemain industri hartanah menggunakan Revolusi Perindustrian 4.0 demi masa depan perniagaan, transaksi urus niaga dan volum hartanah mereka.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 13 2020
Kediaman jenis bertingkat dan rumah teres merupakan kategori hartanah yang lebih berdaya tahan berbanding lain sepanjang krisis serta tempoh pemulihan terbabit. - Gambar fail
KPM pertimbang perjawatan warden bukan dalam kalangan guru
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sedia mempertimbangkan untuk mewujudkan perjawatan warden bukan dalam kalangan guru di sekolah berasrama, dalam menangani pelbagai isu termasuk kes buli.
Seluruh Perlis, 30 kawasan lain catat suhu panas tahap berjaga-jaga - MetMalaysia
Suhu panas tahap satu atau berjaga-jaga merujuk kepada suhu maksimum harian 35-37 darjah Celsius bagi tempoh sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.
Louis Gossett Jr meninggal dunia pada usia 87 tahun
Louis Gossett Jr., lelaki kulit hitam pertama memenangi Anugerah Akademi sebagai pelakon pembantu terbaik, meninggal dunia pada usia 87 tahun.
Anggota polis maut dalam perjalanan bertugas
Seorang anggota polis maut selepas motosikal yang ditunggangnya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah treler di Kilometer 6, Jalan Bahau-Kemayan tengah hari tadi.
Wanita Malaysia perlu peka terhadap golongan memerlukan - Dr Wan Azizah
Wanita di Malaysia perlu sentiasa peka dan membuat kebaikan kepada golongan yang memerlukan lebih-lebih lagi pada Ramadan ini, kata isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Reka bentuk PADU terbaik, selamat dan berkesan, bukan guna kaedah lapuk - DOSM
Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menegaskan bahawa reka bentuk dan pembangunan Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) adalah yang terbaik, selamat serta berkesan.
It’s About YOUth: Fostering inclusion for autism
Millions worldwide live with Autism Spectrum Disorder, but misunderstanding and stigma persist. Autism Behavioural Centre’s Charlene Marie Samuel and Consultant Psychologist Katyana Azman discuss overcoming these challenges to promote greater inclusion.
35 laluan bas Rapid KL terlibat penyelarasan operasi bermula hari ini
Sebanyak 35 laluan atau 13 peratus daripada keseluruhan 264 laluan bas Rapid KL di Lembah Klang termasuk bas perantara Laluan Transit Aliran Massa (MRT) terlibat dalam penyelarasan operasi.
AWANI Ringkas: Kes Bunuh | Korporat | Net Zero 2050
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Beli Kondo Mewah | Komoditi | UNESCO
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penantian lapan tahun, impian miliki rumah tertunai
Selepas bertahun-tahun menyewa, akhirnya mereka tekad untuk memohon kemudahan disediakan kerajaan pada tahun 2015.
Sihat Kredit Malaysia Inisiatif kelolaan SEDIMI dan CTOS sasar galak lebih ramai milik rumah
Aplikasi Sihat Kredit Malaysia Inisiatif (SKMI) membolehkan pengguna mendapatkan maklumat lebih tepat mengenai status kewangan mereka.
KPKT lantik 25 pakar, kaji dan bantu kerajaan laksana dasar perumahan terbaik untuk rakyat
Pendekatan baharu perlu dirangka bagi melebarkan akses pemilikan kediaman khususnya kepada generasi muda, selaras dengan hasrat KPKT untuk menggalakkan generasi muda Miliki Rumah di Usia Muda.
Simpan duit dari usia 16 tahun, gadis berjaya beli rumah sendiri
Kini setelah mencapai usia 21 tahun, Becca Thompson berjaya membeli sebuah rumah.
Nilai kemampuan urus tanggungan lain sebelum beli rumah - PropertyGuru
Portal hartanah PropertyGuru Malaysia mengingatkan mereka yang berhasrat membeli kediaman agar berhati-hati sebelum membuat sebarang keputusan muktamad berikutan persekitaran pasaran hartanah yang sar
Beli hartanah pasca tempoh COVID-19 jika mampu - PropertyGuru
Namun diingatkan bahawa usaha pembelian hartanah memerlukan komitmen serta pelaburan jangka panjang.
Isu diaspora tidak boleh beli rumah di Malaysia dibawa ke Kabinet - Tun M
Kerajaan akan berbincang untuk memastikan mereka dapat membeli rumah di tanah air.
Budak 6 tahun beli bangunan RM33 juta
Boram mempunyai lebih 30 juta pengikut di dua saluran YouTube miliknya.
Kempen pemilikan rumah dilanjutkan hingga Disember - Zuraida
Ia bagi membuka ruang kepada lebih ramai rakyat untuk memiliki kediaman sendiri.
Suri rumah kecewa 15 kali permohonan pinjaman beli rumah ditolak
Selepas sidang media, ibu kepada empat orang anak itu dilihat sekali lagi bertemu dan meluahkan kesedihannya kepada Zuraida serta beberapa kali memeluk menteri itu sambil mengalirkan air mata.