BERJAYA Corp Bhd (BCorp) kini merupakan pengendali hotel terbesar di Iceland menerusi anak syarikatnya, Berjaya Land Bhd (BLand).
Perkara itu diumumkan Ketua Pegawai Eksekutif Bcorp, Abdul Jalil Abdul Rasheed menerusi hantarannya di Twitter semalam.
"Kami kini memiliki 1,471 kunci merentasi 14 hotel pelbagai jenama.
"Ini menjadikan kami sebagai pengendali rangkaian hotel terbesar di Iceland," ujarnya menerusi hantaran tersebut.
Menurutnya, kebanyakan rangkaian hotelnya di luar negara masih bergelut dengan cabaran pandemik COVID-19.
Tetapi, sebaliknya, rangkaian kumpulan hotel di Iceland kembali pulih dengan cepat apabila sekatan kuarantin dihapuskan.
"Secara dasarnya, sektor hospitaliti berdepan tempoh mencabar sejak 18 bulan lalu apabila industri ini dikenakan sekatan pergerakan bagi mengekang penularan wabak ini.
"Ia hampir merekodkan sifar pendapatan tetapi dengan elemen kos tetap yang tidak boleh dikeluarkan," tambahnya.
Menerusi hantaran itu juga, Abdul Jalil memaklumkan, hotel-hotel tersebut beroperasi dengan jenama berbeza dan memenuhi keperluan pelbagai segmen dalam pasaran.
"Merujuk kepada namanya, hotel-hotel ini diperoleh daripada syarikat penerbangan nasional Iceland, Icelandair apabila mereka melupuskan perniagaan hospitaliti," katanya.
Beliau turut menyenaraikan nama hotel tersebut iaitu Icelandair Hotel, Hilton, Edda, Canopy dan Konsulat.
Berdasarkan laman web Icelandair Hotels, ia menunjukkan nama hotel yang berada di bawah bumbungnya termasuklah Icelandair Hotel, Hilton, Edda, Canopy, Konsulat dan Alda.
BLand memiliki hotel di Iceland menerusi Icelandair Hotels yang diletakkan kepada beberapa nama.
Pada 2019, BLand membeli 75% kepentingan dalam Icelandair Hotels bernilai AS$53.63 juta.
Urus niaga itu membolehkan BLand memasuki pasaran segmen hotel mewah di Iceland sejajar dengan perancangan BCorp untuk memperluaskan kepelbagaian geografi dan sumber pendapatan.
Menurut laman web BLand, setakat 18 Jun 2021, BCorp memiliki saham gabungan langsung dan tidak langsung sebanyak 78.63% dalam BLand, yang mengendalikan rangkaian hotel di beberapa negara termasuk Malaysia, Vietnam, Jepun, United Kingdom dan Iceland.
*Berita asal di DagangNews.com
Dagang News
Wed Aug 25 2021
Berjaya Land membeli 75% kepentingan dalam Icelandair Hotels bernilai AS$53.63 juta pada 2019. -Gambar DagangNews
Pesawat terhempas di Sungai Tanana, Alaska
Sebuah pesawat Douglas DC-4 telah terhempas di kawasan sungai di Fairbanks di negeri Alaska Amerika Syarikat pada Selasa.
Pelumba pertama F3 Vietnam terima sentuhan bekas pelumba Malaysia
Pelumba Vietnam Alex Sawer Hoang Dat akan bersaing untuk pasukan perlumbaan Finland KIC Evans GP dalam pertandingan Formula Tiga FRECA (F3) 2024.
Penolong pegawai penguat kuasa KPDN didakwa tipu kurangkan kadar kompaun
Seorang penolong pegawai penguat kuasa KPDN didakwa atas pertuduhan menipu seorang lelaki untuk membantu mengurangkan kadar kompaun.
Malaysia muncul destinasi utama pengembangan perniagaan di ASEAN - Kajian UOB
Malaysia telah muncul sebagai negara paling penting dalam ASEAN untuk diceburi perniagaan, seperti yang ditunjukkan oleh Kajian Tinjauan Perniagaan UOB 2024 (PKS & Perusahaan Besar).
AWANI Ringkas: Faktor penyumbang tragedi helikopter terhempas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Proaktif perkasa Muay Thai
Sudah tiba masanya sukan Muay Thai diperkasa bagi melahirkan lebih ramai jaguh berkualiti untuk diketengahkan ke pentas antarabangsa.
Mesyuarat PAC 2024 MPOB teliti projek penyelidikan, isu industri sawit negara
Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) akan meneliti projek penyelidikan dan isu dalam industri sawit Malaysia.
Tidak tuntut nafkah, Adira faham keadaan Datuk Red
"Saya tidak mahukan apa-apa sebab saya tak nak susahkan lagi Datuk Red... dia pun tengah down. Kita doakan yang terbaik untuk dia."
Legenda badminton dunia berkumpul di Menara Eiffel
Chong Wei memberikan penghormatan khas kepada penganjur Perlawanan Paris 100 kerana menjemputnya ke perlawanan legenda badminton terbaik dunia.
Pengasas Mustika Ratu meninggal dunia pada usia 96 tahun
Pemergian Mooryati disifatkan kehilangan besar kepada Indonesia, khususnya dalam aspek pembangunan wanita, kecantikan dan kesihatan.
Berjaya Corp kini pengendali rangkaian hotel terbesar di Iceland - Jalil
Berjaya Land membeli 75% kepentingan dalam Icelandair Hotels bernilai AS$53.63 juta pada 2019.