KUALA LUMPUR: Bintai Kinden Corp Bhd bekerjasama dengan Institut Jantung Negara (IJN) bagi membangunkan vaksin COVID-19 di Malaysia.
Ia susulan memorandum persefahaman (MoU) di antara kedua-dua pihak yang dimeterai pada September 2020.
Kerjasama itu diwujudkan berdasarkan perkongsian sedia ada antara anak-anak syarikat iaitu Bintai Healthcare Sdn Bhd (BHSB), Generex Biotechnology Corp dan NuGenerex Immuno-Oncology Inc bagi memajukan pengkomersialan vaksin Ii-Key-SARS-CoV-2 coronavirus (COVID-19) di Malaysia.
Pengarah Eksekutif Bintai Kinden, Azri Azerai berkata, perkongsian dengan IJN akan membawa syarikat melangkah ke hadapan untuk memperkenalkan vaksin COVID-19 baharu di negara ini.
“Selepas Generex menerima kelulusan penuh Pertadbiran Makanan dan Dadah (FDA) untuk vaksin tersebut dan menyediakan dokumentasi sepenuhnya kepada BHSB, maka BHSB akan memulakan proses pendaftaran dengan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) Malaysia bagi vaksin ini," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Bintai Kinden turut menyerahkan replika cek RM100,000 sebagai geran awal kepada IJN menerusi penubuhan Geran Penyelidikan COVID-19 Bintai Healthcare-IJN bagi membiayai program-program penyelidikan.
Di bawah perjanjian kerjasama itu, Bintai Kinden akan bertanggungjawab memperkenalkan vaksin COVID-19 di Malaysia manakala IJN pula akan menerajui dan melakukan ujian klinikal vaksin seperti ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan.
IJN akan menjadi Organisasi Penyelidikan Klinikal dan satu daripada tapak kajian bagi Bintai Kinden di bawah rancangan pembangunan komersial vaksin COVID-19 di Malaysia. - DagangNews.com
Dagang News
Sat Mar 19 2022
Azri Azerai (kiri) menyerahkan replika cek bernilai RM100,000 kepada Dr Suhaini Kadiman. -Dagang News
Gelombang kedua banjir: JPBM kerah lebih 24,000 anggota, pegawai
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Nga Kor Ming berkata pasukan penyelamat sudah pun berada di lapangan bagi menghadapi gelombang kedua banjir.
AWANI Borneo [11/12/2024] - Sindiket kereta klon | Pengagihan gas | Kecekalan ibu
AWANI Borneo Rabu, 11 Disember 2024 bersama Syaff Shukri.
Sindiket kereta klon, jangan terpedaya harga murah kenderaan mewah dari Brunei.
PM bakal umum formula agihan gas PETROS, PETRONAS – Abang Johari
Warga emas besarkan anak OKU di rumah daif.
Sindiket kereta klon, jangan terpedaya harga murah kenderaan mewah dari Brunei.
PM bakal umum formula agihan gas PETROS, PETRONAS – Abang Johari
Warga emas besarkan anak OKU di rumah daif.
Harga RON97, RON95 dan diesel kekal
Harga runcit petrol RON97 dan RON95 di seluruh negara masing-masing kekal pada paras RM3.19 dan RM2.05 seliter bagi tempoh 12 hingga 18 Dis ini.
Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
RUU itu diluluskan melalui undi belah bahagi dengan 77 Ahli Parlimen bersetuju, 55 tidak bersetuju serta 90 tidak hadir.
Proses ukur tanah hak adat bumiputera di Sarawak berbaki 13 peratus
Proses pengukuran tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) di Sarawak kini hampir selesai, dengan hanya sekitar 13 peratus daripada keseluruhan keluasan tanah yang dianggarkan masih belum disukat.
Warga emas besarkan anak OKU di rumah daif
Kerana kasih dan kerana sayang seorang ibu tunggal yang sudah mencecah usia 80 tahun terus cekal menjaga anak kurang upaya nya.
Sarawak tidak pinggir subjek BM, utamakan kelulusan
Kerajaan Sarawak tidak pernah meminggirkan kepentingan subjek Bahasa Melayu, malah mengutamakan kelulusan subjek tersebut sebagai syarat kemasukan ke institusi pengajian tinggi miliknya.
Sarawak sasar 609,000 pelancong Indonesia pada 2025
Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) menyasarkan ketibaan 609,000 pelancong dari Indonesia ke Sarawak pada tahun depan, didorong oleh daya tarikan gabungan unik budaya, pengembaraan, alam semula jadi, makanan, dan perayaan yang ditawarkan.
Tenaga kerja berkemahiran perlu ambil kira penguasaan AI
Penyediaan 500 ribu tenaga kerja Sarawak berkemahiran pada masa depan perlu mengambil kira kemampuan mereka untuk menguasai teknologi AI atau kecerdasan buatan.
DAP Sabah diberi mandat kaji kedudukan dalam kerajaan negeri
Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP memberi mandat penuh kepada pimpinan DAP Sabah untuk mengkaji semula kedudukan parti dalam pentadbiran kerajaan negeri itu, dan mengambil tindakan selanjutnya susulan isu rasuah membabitkan pemimpin di Sabah.
Bintai Kinden, IJN bekerjasama bangunkan vaksin COVID-19
Ia susulan memorandum persefahaman (MoU) di antara kedua-dua pihak yang dimeterai pada September 2020.
Serba Dinamik umum 2 pengarah baharu termasuk dari Bintai Kinden
Noor Azri Noor Azerai merupakan pengarah eksekutif dan Timbalan CEO Bintai Kinden Corporation Bhd (sejak Mac lalu) dan merupakan INED di NWP Holdings Bhd (sejak bulan lepas).