BlackBerry buat kemunculan semula? Bakal hadir dengan telefon bimbit 5G

Agensi
Ogos 20, 2020 01:46 MYT
BlackBerry bakal membuat kemunculan semula pertengahan tahun depan dengan peranti berciri 5G. Gambar ialah model BlackBerry Key2 LE. -Foto Facebook@Muralimaddisetty
BLACKBERRY dikhabarkan bakal membuat kemunculan semula tahun depan.
Jenama telefon pintar yang satu ketika dahulu begitu popular dengan ciri papan kekunci pada panel pemuka itu difahamkan bakal menampilkan peranti yang khusus bercirikan teknologi 5G pada pertengahan 2021.
Menerusi satu kenyataan rasmi OnwardMobility, telefon pintar itu direka khas untuk membantu pengguna yang mementingkan perlindungan maklumat pada tahap yang tinggi.
Peranti terbaharu ini dikatakan bakal tampil dengan ciri fizikal trademark papan kekunci yang mungkin mendatangkan keselesaan bagi sebilangan besar pengguna.
Spesifikasi lain masih belum didedahkan sepenuhnya, namun peranti ini akan mula menjengah pasaran Eropah serta Utara Amerika mulai tahun depan.
Ia sekali gus memberi bayangan bahawa peranti BlackBerry terbaharu ini bukan 'biasa-biasa', malah dicipta bagi kelompok yang sentiasa mahu data dan komunikasi dilindungi seketat mungkin.
BlackBerry kini diletakkan di bawah OnwardMobility selepas perjanjian telefon pintar itu bersama TCL berakhir.
#BlackBerry #OnwardMobility #pertengahan 2021 #TCL #teknologi 5G #telefon pintar