KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia telah mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 1.75 peratus kerana pertumbuhan ekonomi global terus pulih, disokong oleh aktiviti perkilangan dan perdagangan.
Bank pusat berkata keadaan pasaran pekerja juga telah bertambah baik di banyak negara walaupun beberapa negara melaksanakan semula langkah-langkah untuk mengekang penularan semula COVID-19 yang sedang berlaku, menyebabkan kadar pemulihan aktiviti dalam negeri terutamanya perkhidmatan menjadi sederhana sedikit.
Inflasi kekal tinggi di beberapa negara, didorong oleh faktor penawaran dan permintaan, katanya.
"Pada masa hadapan, liputan pemberian vaksin yang terus meningkat, kemajuan dalam keberkesanan vaksin dan ketersediaan rawatan antiviral akan membolehkan pandemik ditangani dengan lebih baik, lantas menyokong prospek pertumbuhan global.
"Prospek pertumbuhan global akan terus dipengaruhi oleh ketidakpastian berhubung dengan kemunculan varian baharu yang membimbangkan, risiko gangguan bekalan global yangberlanjutan dan risiko volatiliti pasaran kewangan yang ketara berikutan pelarasan dasar monetari ekonomi utama," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Kadar faedah utama telah dikekalkan pada 1.75 peratus sejak Julai 2020, terendah dalam rekod sejak 2004.
BNM berkata penunjuk berfrekuensi tinggi yang terkini menunjukkan bahawa kegiatan ekonomi kembali pulih pada suku keempat, sejajar dengan pelonggaran langkah-langkah pembendungan.
Bagi tahun 2021, ia menjangkakan pertumbuhan akan berada dalam julat unjuran 3.0 peratus hingga 4.0 peratus.
"Momentum pertumbuhan dijangka semakin meningkat pada tahun 2022, dipacu oleh pengembangan permintaan global dan perbelanjaan sektor swasta yang lebih tinggi berikutan pasaran pekerja yang bertambah baik dan sokongan dasar yang berterusan.
"Bagaimanapun, prospek risiko terhadap pertumbuhan terus cenderung ke arah pertumbuhan yang lebih perlahan. Risiko-risiko ini mungkin muncul daripada pertumbuhan global yang lebih rendah daripada jangkaan, gangguan rantaian bekalan yang semakin teruk dan kemunculan varian COVID-19 yang membimbangkan, serius dan kebal vaksin," jelas bank pusat itu lagi.
Mengenai Inflasi keseluruhan pula, BNM berkata ia dijangka kekal sederhana apabila kesan asas daripada inflasi bahan api ini luput.
Inflasi asas, seperti yang diukur oleh inflasi teras, dijangka meningkat sedikit apabila kegiatan ekonomi kembali normal dalam keadaan persekitaran kos yang tinggi.
Walau bagaimanapun, inflasi teras dijangka sederhana dengan risiko pertumbuhan menjadi semakin tinggi dibendung oleh keadaan lebihan kapasiti yang berterusan dalam ekonomi dan dalam pasaran pekerja, tambahnya.
Namun begitu, prospek terus dipengaruhi oleh perkembangan harga komoditi global berikutan risiko daripada gangguan berkaitan bekalan yang berlanjutan, katanya.
"MPC menyifatkan pendirian semasa dasar monetari adalah wajar dan akomodatif.
"Langkah-langkah fiskal dan kewangan akan terus mengurangkan kesan ekonomi terhadap perniagaan dan isi rumah serta memberikan sokongan kepada kegiatan ekonomi," kata BNM.
Ia menambah pendirian dasar monetari akan terus ditentukan oleh data baharu serta kesannya kepada prospek keseluruhan inflasi dan pertumbuhan dalam negeri.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 20 2022
Kadar faedah utama telah dikekalkan pada 1.75 peratus sejak Julai 2020, terendah dalam rekod sejak 2004. - Gambar fail/BERNAMA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 25 April 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Netizen korek gambar lama Ruhainies makan bersuap dalam ferrari, netizen: “Macam mana boleh downgrade…”
Nama Ruhainies kembali menjadi bualan netizen gara-gara tangkap layar perbualan menerusi Whatsapp yang didakwa merupakan perbualannya bersama Aliff Aziz viral di media sosial.
Tumpuan Jumaat - 26 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
AWANI Ringkas: Nahas helikopter TLDM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AirAsia X timbang tawar penerbangan ke Eropah Timur, London dan Orlando
AirAsia X menimbang kemungkinan untuk menawarkan penerbangan ke negara di Eropah Timur dan menyambung semula laluan ke London serta menggunakan hak pendaratannya di Orlando.
ASEAN-BAC akan tertumpu mendorong janji niaga, transaksi, produk serantau
Asean-BAC yang akan dipengerusikan oleh Malaysia tahun depan akan tertumpu untuk menghasilkan peningkatan janji niaga.
Menteri Luar Malaysia perkukuh hubungan dengan China semasa lawatan rasmi pertama
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan perbincangan substantif dengan rakan sejawatannya, Wang Yi, dalam lawatan pertama beliau ke China sejak memegang jawatan itu pada Disember 2023.
PRK Kuala Kubu Baharu: Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon PN
Pemangku Ketua Bahagian Bersatu Hulu Selangor Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.
MITRA rangka pelbagai bantuan untuk pembangunan masyarakat India
Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) sedang merangka pelbagai program bantuan yang bersesuaian bagi pembangunan kaum itu.
Rizab Antarabangsa BNM berjumlah AS$113.4 bilion pada 15 April 2024
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah US$113.4 bilion pada 15 April, 2024 berbanding dengan US$113.8 bilion pada 29 Mac, 2024.
BNM sedia guna instrumen, pastikan pasaran kewangan Malaysia kekal teratur
Operasi pasaran BNM akan memastikan mudah tunai yang memadai serta pasaran pertukaran asing berfungsi secara teratur.
Rizab antarabangsa BNM AS$113.8 bilion
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$113.8 bilion pada 29 Mac 2024.
Pemecatan salah: Bekas pengurus menang saman terhadap BNM
Mahkamah Tinggi hari ini memutuskan bahawa pemecatan bekas pengurus Bank Negara Malaysia (BNM) kerana menyertai aktiviti politik pada 2016 sebagai tidak sah dan menyalahi undang-undang.
Aset rizab rasmi Malaysia AS$114.28 bilion akhir Februari 2024 - BNM
Aset rizab rasmi Malaysia berjumlah US$114.28 bilion pada akhir Februari 2024 manakala aset mata wang asing lain adalah US$202.69 juta (US$1=RM4.73), kata Bank Negara Malaysia (BNM).
OPR Malaysia dijangka kekal stabil pada 3.0 peratus sepanjang 2024 - PIVB Research
Ini selaras dengan pandangan BNM bahawa tahap OPR semasa mencerminkan pendirian dasar monetari yang menyokong serta kondusif kepada ekonomi.
Jualan asing di Bursa Malaysia susut 24.4 peratus minggu lepas
MIDF Research berkata pelabur asing merupakan penjual bersih dari Isnin hingga Rabu, menjual ekuiti bernilai RM757.5 juta.
Ringgit dibuka rendah sedikit menjelang pengumuman data IHP
Pada 9.05 pagi, ringgit turun kepada 4.7390/7430 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.7340/7390 pada Jumaat minggu lepas.
Inflasi kos perubatan dorong peningkatan kadar premium insurans - Timbalan Menteri Kewangan
Inflasi kos perubatan tinggi dan trend penggunaan perkhidmatan kesihatan yang semakin meningkat merupakan antara faktor utama yang mendorong peningkatan kadar premium MHIT.
Bagasi berisi wang tunai lebih RM500,000 ditemukan, polis kesan pemilik
Seorang pengawal keselamatan menemukan sebuah bagasi berisi wang tunai berjumlah lebih RM500,000 di tempat letak kereta di sebuah pusat beli-belah di Damansara pagi semalam.