KUALA LUMPUR : Buku Garis Panduan Standard Taman Perindustrian Terurus (MIP) Selangor dilancarkan bertujuan untuk pengurusan kawasan perindustrian yang lebih cekap dengan ciri-ciri baharu yang digariskan.
Malah garis panduan yang ditetapkan juga adalah demi memastikan perkhidmatan yang lebih baik kepada syarikat yang menubuhkan kilang pembuatan di Selangor.
Invest Selangor dalam satu kenyataan menjelaskan, kawasan perindustrian adalah lokasi yang dizonkan dan dirancang bertujuan untuk pembangunan kawasan perindustrian yang dianggap lebih kritikal.
“Perancangan dan pembangunan Taman Perindustrian Terurus (MIP) direka bentuk mengikut
kepada kriteria Garis Panduan Piawaian Perancangan Negeri Selangor untuk memastikan
kecekapan dan kemampanan maksimum.
“Zon ekonomi khas telah ditetapkan ke taman perindustrian dan kawasan untuk menggalakkan aktiviti perindustrian. Taman industri akan menjadi sebahagian penting dalam strategi pelaburan berkaitan pembuatan Selangor.
“Pada masa sama, ia diwujudkan bertujuan sebagai taman industri sehenti, MIP dibina dengan
konsep bersepadu dan terurus yang dengan kemudahan yang sangat baik,” jelasnya.
Pada masa sama, perkhidmatan Internet gentian berkelajuan tinggi, jalur lebar optik, serta utiliti kuasa, air dan gas asli disediakan pengendali dalam kawasan berpagar dan kawalan sepenuhnya 24 jam.
Untuk rekod, pelancaran tersebut adalah sejajar dengan Selangor Industrial Park Expo (SPARK) 2021, yang menjadi pentas pertemuan pemaju-pemaju taman perindustrian terancang.
Nursyazwani Saiful Sham
Thu Nov 18 2021
kawasan perindustrian adalah lokasi yang dizonkan dan dirancang bertujuan untuk pembangunan kawasan perindustrian yang dianggap lebih kritikal. - Gambar hiasan
KHM bimbang 26 konsert di Stadium Hoki Nasional ganggu latihan skuad negara
KHM melahirkan kebimbangan dengan rancangan untuk menganjurkan 26 konsert di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada tahun hadapan, yang dilihat boleh mendatangkan kesan kepada persiapan skuad negara.
Polis rakam keterangan ibu bapa, dua doktor
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata setakat ini seramai empat orang dirakam percakapan iaitu ibu bapa bayi dan dua orang doktor.
SAPP tarik diri daripada Perikatan Nasional
Yong berkata PN dilihat jelas ingin bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sabah yang akan datang dan ia bertentangan dengan dasar SAPP yang menyatakan bahawa semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah sepatutnya hanya ditandingi parti tempatan.
Sekurang-kurangnya tiga maut, 39 cedera dalam serangan bom di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan masih belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
Polis, TNB Kuantan potong bekalan elektrik di 10 premis judi haram
Sepuluh premis yang menjalankan kegiatan perjudian di Kuantan dikenakan tindakan pemotongan bekalan elektrik oleh pihak polis dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) sejak Khamis lepas.
Georgia akan adakan pilihan raya presiden pada Sabtu
Pilihan raya presiden dijadualkan berlangsung di Georgia di tengah-tengah protes berterusan pembangkang.
Megat D Shahriman kekal terajui MPM
Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin berjaya mempertahankan jawatan Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) buat penggal kedua berturut-turut pada Mesyuarat Agung Tahunan MPM kali ke-25, hari ini.
Lebih 7.2 juta orang terutama kanak-kanak, berisiko lemas menjelang 2050 - WHO
Laporan pertama WHO mengenai pencegahan lemas itu memuji penurunan kadar kematian lemas global sebagai "pencapaian kesihatan global yang utama."
AWANI Ringkas: Jasad bayi dalam peti sejuk
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan berhimpun menjelang undi pemecatan kedua
Penunjuk perasaan berkumpul di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang tentera sekali gus mencetuskan krisis politik.
Buku Garis Panduan MIP fokus pengurusan dan ciri-ciri lengkap
Garis panduan yang ditetapkan adalah demi memastikan perkhidmatan yang lebih baik kepada syarikat yang menubuhkan kilang pembuatan di Selangor.