KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka agak rendah pagi ini, mengambil petunjuk daripada prestasi lemah semalaman di Wall Street, kata seorang peniaga.
Pada jam 9.05 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 0.15 mata kepada 1,523.71 daripada penutup hari Rabu 1,523.86.
Indeks utama itu memulakan urus niaga pagi ini 0.55 mata lebih rendah pada 1,523.31.
Di pasaran yang lebih luas, kaunter rugi mengatasi kaunter untung 153 berbalas 120, manakala 196 kaunter tidak berubah, 1,805 tidak diniagakan dan 10 yang lain digantung.
Jumlah dagangan adalah sebanyak 158.76 juta unit bernilai RM72.95 juta.
Menurut Malacca Securities Sdn Bhd, FBM KLCI 'tewas' pada penjualan jam akhir apabila pelabur bergelut untuk mencari pegangan di tengah-tengah kebimbangan mengenai peningkatan inflasi dan tekanan kos.
"Memandangkan terdapat sedikit 'nada' negatif di Wall Street, saham teknologi akan tertekan sekali lagi sementara kenaikan harga minyak mentah Brent melepasi paras US$123, ditambah dengan mogok pemandu lori di Korea Selatan, boleh mengancam gangguan rantaian bekalan global serta menambah risiko kepada inflasi global.
"Justeru, kami percaya akan ada aktiviti dagangan positif dalam sektor bertemakan pemulihan kerana kita sedang beralih ke fasa endemik," katanya.
Sementara itu, minyak sawit mentah (MSM) didagangkan sekitar RM6,450 dan dalam pergerakan aliran menaik.
Bagi sektor tumpuan, firma pembrokeran berpendapat bekalan yang ketat dalam pasaran minyak disebabkan oleh ketegangan Ukraine-Rusia yang tidak dapat diselesaikan selain permintaan yang pulih dari China akan terus menyokong harga minyak, sekali gus memberi manfaat kepada sektor tenaga.
"Selain itu, kami positif terhadap sektor pengguna, REIT, pengangkutan dan logistik," tambahnya.
Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank menambah satu sen kepada RM8.85, Petronas Chemicals susut lima sen menjadi RM9.80, IHH Healthcare turun dua sen kepada RM6.51, CIMB lega tiga sen kepada RM5.04 manakala Public Bank tidak berubah pada RM4.57 .
Bagi saham aktif, Dynaciate meningkat 1.5 sen kepada 16 sen, Yew Lee Pacific dan Metronic menokok 2.5 sen setiap satu masing-masing kepada 31.5 sen dan sembilan sen, LGMS meningkat 4.5 sen menjadi 89 sen manakala Serba Dinamik tidak berubah pada 11.5 sen.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas meraih 3.81 mata menjadi 10,936.80, Indeks FBM Emas Syariah bertambah 12.95 mata kepada 11,246.33, Indeks FBM 70 meningkat 0.89 mata kepada 13,293.0, Indeks FBM ACE peroleh 6.40 mata kepada 5,240.50 tetapi Indeks FBMT 100 berkurangan 0.64 mata pada 10,621.67.
Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 14.49 mata kepada 16,564.62, Indeks Perladangan lemah 11.05 mata kepada 7,800.73 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian turun 0.06 mata lebih rendah pada 196.20.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 09 2022
Memandangkan terdapat sedikit 'nada' negatif di Wall Street, saham teknologi akan tertekan sekali lagi sementara kenaikan harga minyak mentah Brent melepasi paras US$123. - Gambar hiasan
Ketua PBB gerakkan pemimpin global untuk tindakan iklim menjelang 2025
PBB melancarkan inisiatif Janji Iklim 2025 pada Selasa, usaha bersepadu global untuk mencegah suhu daripada meningkat melebihi 1.5 darjah Celsius seperti yang termaktub dalam Perjanjian Paris.
Universiti Malaya diminta siasat, sedia laporan segera jemputan Bruce Gilley
Datuk Seri Zambry Abd Kadir telah mengarahkan sebarang program dan aktiviti yang dijadual dihadiri penceramah itu dibatalkan segera.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 24 April 2024.
Universiti Malaya dikecam kerana jemput pensyarah pro-Israel
Universiti Malaya mendapat kecaman kerana membenarkan seorang ahli akademik Amerika Syarikat menyebarkan propaganda Zionis.
Tragedi helikopter: Jenazah mangsa di Perak selamat dikebumi, jasad Sivasutan disemadi esok
Urusan pengebumian dua mangsa tragedi helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut di Perak selesai kira-kira 9.25 malam ini.
Tumpuan Khamis - 25 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Jenazah dua mangsa tragedi helikopter selamat dikebumikan di Kedah
Suasana pilu menyelubungi tanah perkuburan sepanjang proses pengebumian berlangsung.
Malaysia alu-alukan laporan akhir kumpulan penilai bebas berkenaan UNRWA
Menurut kenyataan itu, laporan tersebut menolak dengan tegasnya tuduhan Israel yang mengaitkan penglibatan kakitangan PBB dengan organisasi pengganas.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pang Sock Tao diumum calon Kerajaan Perpaduan
Pang Sock Tao diumumkan sebagai calon yang akan mewakili Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.
Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi dalam tempoh dua tahun
Di keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 777 berbanding 327 manakala 480 kaunter tidak berubah, 780 tidak diniagakan dan 21 yang lain digantung.
Gadang rayu EPU ketepikan keperluan ekuiti Bumiputera bagi pengambilan tanah Kwasa Damansara
Gadang Holdings Bhd berkata ia akan merayu kepada Unit Perancang Ekonomi (EPU) untuk mengenepikan keperluan ekuiti Bumiputera bagi memudahkan pemilikan tanah seluas 21.08 ekar di Kwasa Damansara.
Bursa Malaysia dibuka tinggi
Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini menjejaki prestasi semalaman Wall Street yang menggalakkan berikutan keyakinan didorong oleh pendapatan korporat yang kukuh.
Bursa Malaysia ditutup tinggi
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.05 mata kepada 1,561.64 daripada 1,559.59 pada Isnin.
Bursa Malaysia teruskan kenaikan pada sesi awal, jejak prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 4.34 mata kepada 1,563.93 daripada paras 1,559.59 di akhir dagangan semalam.
Pembelian ekuiti oleh institusi tempatan cecah paras tertinggi enam tahun minggu lepas
Pembelian bersih oleh institusi tempatan di Bursa Malaysia mencecah paras tertinggi enam tahun minggu lepas, berjumlah RM1.79 bilion.
Bursa Malaysia dibuka tinggi
Pada 9.25 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 9.73 mata kepada 1,557.30 daripada 1,547.57 pada Jumaat lepas. Indeks petunjuk pasaran dibuka tinggi satu mata kepada 1,548.57.
Bursa Malaysia dijangka mengalami keadaan tidak banyak berubah minggu depan
FBM KLCI dijangka turun naik dalam julat 1,528 hingga 1,560 minggu depan, dengan sokongan serta-merta pada 1,520, diikuti oleh 1,508.
Bursa Malaysia dibuka meningkat, pelabur tumpu saham dengan rizab tunai tinggi
Pada 9.22 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 4.86 mata kepada 1,549.62 daripada penutupan Khamis iaitu 1,544.76.
Bursa Malaysia ditutup tinggi susulan sentimen yang bertambah baik
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 4.34 mata atau 0.28 peratus kepada 1,544.76 daripada paras penutup 1,540.42 pada Rabu.