KUALA LUMPUR:Sentimen berhati-hati di pasaran terutama menjelang pengumuman Bank Negara Malaysia mengenai prestasi ekonomi negara untuk suku keempat 2020 hari ini menyaksikan Bursa Malaysia dibuka rendah sedikit pagi ini.
Pada pukul 9.05 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menyusut 1.30 mata kepada 1,595.55 daripada 1,596.85 ketika ditutup petang Rabu.
Indeks utama memulakan urus niaga 5.34 mata lebih tinggi pada 1,602.19.
Pergerakan harga di pasaran negatif dengan kaunter rugi mengatasi untung 224 berbalas 194 manakala 237 kaunter tidak berubah, 1,493 tidak diniagakan dan 14 yang lain digantung.
Jumlah dagangan ialah 204.39 juta unit bernilai RM91.94 juta.
Malacca Securities Sdn Bhd dalam catatannya menyatakan peserta pasaran mungkin mengurangkan aktiviti urus niaga masing-masing sebelum cuti hujung minggu yang panjang bermula.
"Oleh itu, FBM KLCI mungkin berada dalam mod julat yang kecil sepanjang sesi hari ini," tambahnya.
Firma broker itu turut menjangkakan sektor tenaga akan terus fokus di celah-celah pengukuhan minyak mentah Brent yang diniagakan melepasi paras US$60 setong.
"Juga, sektor bertema pemulihan seperti sektor perbankan, penerbangan dan permainan mungkin masih berada dalam perhatian pelabur sekurang-kurangnya untuk minggu ini," tambahnya.
Sementara itu, Bursa Malaysia telah mengumumkan urus niaga separuh hari pada Khamis dan ditutup pada Jumaat sempena sambutan Tahun Baharu Cina.
Bursa Malaysia turut berkata urus niaga pada 11 Feb akan dibuka pada sesi pagi sahaja dan tiada urus niaga pada sesi petang.
Bursa Malaysia dan anak-anak syarikatnya akan kembali beroperasi pada 15 Feb.
Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Maybank turun dua sen kepada RM8.01, PBBank naik dua sen kepada RM4.24, PChem susut 10 sen kepada RM7.46 dan Tenaga meningkat lima sen pada RM9.80.
Antara kaunter paling cergas pula, SAPNRG dan DNex masing-masing meningkat setengah sen kepada 13 sen dan 34.5 sen sementara Kanger, AAX, Yongtai dan IStone semuanya tidak berubah, masing-masing pada 10.5 sen, dua sen, tujuh sen, 23 sen dan 24 sen.
Saham paling untung, BAT menambah 46 sen kepada RM13.62, MPI naik 42 sen kepada RM36.70, Carlsbg meningkat 28 sen kepada RM22.62 dan KAB lebih tinggi 24 sen pada 1.26.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas turun 0.88 mata kepada 11,617.66, Indeks FBMT 100 jatuh 2.95 mata kepada 11,342.27 dan Indeks FBM Emas Syariah lebih rendah 2.75 mata kepada 13,050.21.
FBM ACE jatuh 22.61 mata kepada 10,725.34 tetapi FBM 70 meningkat 20.35 mata kepada 15,181.50.
Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan menokok 1.72 mata kepada 15,023.53 tetapi Indeks Perladangan turun 22.69 mata kepada 7,161.50 sementara Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian turun satu mata kepada 179.33,
- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 11 2021
Bursa Malaysia berkata urus niaga hari ini akan dibuka pada sesi pagi sahaja dan tiada urus niaga pada sesi petang. - Gambar fail
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Bursa Malaysia ditutup tinggi dipacu saham berkaitan pusat data, akhiri penyusutan lima hari
Bursa Malaysia menamatkan penyusutan lima hari berturut-turut apabila ditutup lebih tinggi hari ini, dipacu saham-saham berkaitan rantaian bekalan pusat data, terutama utiliti dan aluminium.
Bursa Malaysia ditutup rendah, indeks komposit kekal atas paras 1,600
Bursa Malaysia bergelut untuk mengekalkan momentum positifnya sepanjang hari dan ditutup rendah sedikit hari ini berikutan jualan lewat dagangan.
Waqf ETF, pertama di dunia disenaraikan di Bursa Malaysia
Waqf ETF sasar untuk agih pendapatan setiap tahun dengan separuh diperuntukkan sebagai aset Wakaf, separuh lagi dibayar kepada pemegang unit.
Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 5.84 mata kepada 1,603.13 daripada 1,608.97 semalam.
Dagangan saham Axiata digantung sementara tunggu pengumuman
Syarikat telekomunikasi itu berkata Bursa Securities telah meluluskan permintaannya untuk penggantungan.
Bursa Malaysia ditutup rendah dalam dagangan kecil
Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini dalam dagangan kecil dengan jumlah dagangan susut di bawah paras tiga bilion saham, di tengah-tengah prestasi lemah di Wall Street semalaman.
Bursa Malaysia dibuka tinggi, jejaki prestasi semalaman Wall Street
Pada pukul 9.22 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 0.20 mata kepada 1,611.63 daripada 1,611.63 ketika ditutup semalam.
Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan aktiviti pengambilan untung
Bursa Malaysia meneruskan aliran menurun untuk ditutup rendah pada Isnin, dipengaruhi oleh aktiviti pengambilan untung dalam saham utiliti terpilih berikutan peningkatan sektor yang kukuh.
Bursa Malaysia dibuka rendah di tengah-tengah prestasi bercampur-campur di Wall Street
Indeks utama Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini di tengah-tengah prestasi bercampur-campur di Wall Street pada Jumaat lepas.
Bursa dibuka dengan catat sedikit perubahan dalam sentimen pasaran bercampur-campur
Pada 9.05 pagi, Indeks FBM KLCI meningkat 1.16 mata kepada 1,608.12 daripada 1,606.96 semasa ditutup pada Selasa.