Bursa Malaysia dibuka rendah berikutan pengambilan untung sederhana

Bernama
Januari 18, 2023 03:50 MYT
Pada 9.15 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) yang menjadi penanda aras susut 3.88 mata kepada 1,495.50. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia mengalami penurunan semula daripada kenaikan semalam untuk dibuka rendah pada Rabu, berikutan pengambilan untung sederhana berlaku dalam saham wajaran tinggi terpilih walaupun sentimen berhati-hati menyelubungi pasaran serantau, kata peniaga.
Pada 9.15 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) yang menjadi penanda aras susut 3.88 mata kepada 1,495.50 daripada 1,493.56 ketika ditutup pada Selasa.
Indeks utama pasaran itu dibuka 4.07 mata lebih rendah kepada 1,495.31.
Bagi keseluruhan pasaran, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 200 berbanding 141, manakala 283 kaunter tidak berubah, 1,557 kaunter tidak diniagakan dan 10 yang lain digantung.
Jumlah dagangan sebanyak 243.84 juta unit bernilai RM148.04 juta.
Dalam nota penyelidikan pada Rabu, Malacca Securities Sdn Bhd menjelaskan kadar inflasi di zon Euro serta keputusan dasar monetari oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dan Bank of Japan dijangka kekal menjadi tumpuan pelabur bagi baki tempoh minggu ini.
"Sementara itu, sektor seperti pembuatan, pembinaan, perladangan dan pertanian mungkin menyaksikan aktiviti pengeluaran kembali normal selepas permintaan untuk pekerja asing dipenuhi di bawah Pelan Kelonggaran Penggajian Pekerja Asing," menurutnya.
Firma pembrokeran itu menambah, dari segi komoditi, minyak mentah Brent diniagakan melebihi US$85 setong manakala harga minyak sawit mentah (MSM) mengalami tidak banyak perubahan pada RM3,800 sekilogram.
"Sektor teknologi mungkin pulih sejajar dengan pergerakan meningkat sedikit Nasdaq di Wall Street. Sementara itu, Pelan Kelonggaran Penggajian Pekerja Asing dijangka memberi manfaat kepada sektor seperti pembinaan dan perladangan.
"Selain itu, sektor tenaga dijangka meraih daya tarikan dalam keadaan kenaikan harga minyak Brent," tambahnya.
Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank meningkat 1.0 sen kepada RM8.79, Public Bank dan CIMB masing-masing susut 1.0 sen kepada RM4.31 dan RM5.76, Petronas Chemicals merosot 11 sen kepada RM8.51 dan Tenaga Nasional turun 2.0 sen kepada RM9.41.
Bagi saham aktif, TT Vision melonjak RM1.08 kepada RM1.42, BSL Corp susut 3.0 sen kepada RM1.55, Velesto Energy kurang setengah sen kepada 18 sen dan DNeX tidak berubah pada 58.5 sen.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas turun 26.21 mata kepada 10,798.86; Indeks FBMT 100 susut 25.81 mata kepada 10,495.59, dan Indeks FBM Emas Syariah menguncup 37.29 mata kepada 11,027.98.
Indeks FBM 70 turun 27.0 mata kepada 13,439.25 namun Indeks FBM ACE meningkat 11.87 mata kepada 5,495.11.
Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 17.05 mata kepada 16,529.27; Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian kurang 1.21 mata kepada 187.43; Indeks Perladangan meningkat 0.78 mata kepada 6,901.06 serta Indeks Tenaga menguncup 3.90 mata kepada 816.67.
-- BERNAMA
#Bank Negara Malaysia #Bursa Malaysia #untung sederhana #fbm klci