KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dijangka mengalami dagangan secara berhati-hati minggu depan disebabkan turun naik pasaran yang ketara, di tengah-tengah ketidaktentuan yang menyelubungi pasaran global, kata peniaga.
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti, Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng berkata sentimen pelabur akan masih bimbang mengenai ketegangan geopolitik yang berterusan di Taiwan dan Ukraine, sekatan pergerakan di China susulan dasar sifar COVID, gangguan dalam rantaian bekalan global serta jangkaan kenaikan kadar faedah Amerika Syarikat.
"Bagaimanapun, kami yakin pembelian semasa harga murah akan berlaku ekoran penilaian murah walaupun pasaran serantau mengalami turun naik yang ketara manakala bursa tempatan akan disokong dengan baik oleh aliran masuk bersih dana pelabur asing.
"Oleh itu, kami menjangkakan FBM KLCI berada dalam aliran berjulat 1,490 hingga 1,510 bagi minggu depan dengan rintangan serta-merta pada 1,530 dengan sokongan pada 1,470," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata Bank Negara Malaysia dijangka menaikkan kadar dasar semalaman sebanyak 25 mata asas semasa mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari minggu depan, justeru beberapa minat belian mungkin muncul dalam saham perbankan.
Sementara itu, penurunan harga minyak mentah dan minyak sawit mentah (MSM) baru-baru ini mungkin mendorong tekanan jualan ke atas saham tenaga dan perladangan, katanya.
Berasaskan Jumaat ke Jumaat, FBM KLCI susut 9.11 mata kepada 1,491.18 daripada 1,500.29 pada akhir minggu lepas.
Bagi papan indeks, Indeks FBM Emas susut 93.31 mata kepada 10,555.53; Indeks FBMT 100 turun 83.59 mata kepada 10,309.77; Indeks FBM Emas Syariah merosot 160.34 mata kepada 10,599.63; FBM 70 menguncup 185.0 mata kepada 12,561.15 dan FBM ACE kurang 149.69 mata kepada 4,806.68.
Mengikut sektor, Indeks Tenaga susut 30.37 mata kepada 697.07; Indeks Perladangan turun 96.5 mata kepada 6,957.84; Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian kurang 1.96 mata kepada 180.22 namun Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 0.32 mata kepada 16,764.01.
Jumlah dagangan mingguan berkurangan kepada 9.43 bilion bernilai RM7.9 bilion daripada 12.14 bilion unit bernilai RM8.8 bilion pada minggu lepas.
Jumlah dagangan Pasaran Utama sebanyak 5.58 bilion saham bernilai RM6.65 bilion berbanding 7.98 bilion saham bernilai RM7.28 bilion pada minggu sebelumnya.
Jumlah dagangan waran turun kepada 1.21 bilion unit bernilai RM196.70 juta daripada 1.91 bilion unit bernilai RM294.73 juta.
Jumlah dagangan Pasaran ACE pula meningkat kepada 2.64 bilion saham bernilai RM1.05 bilion daripada 2.24 bilion saham bernilai RM1.22 bilion minggu lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 03 2022
FBM KLCI dijangka akan berada dalam aliran berjulat 1,490 hingga 1,510 bagi minggu depan. - Gambar hiasan
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
PBB perlu bersedia seakarang hadapi PRN - Fadillah
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota parti itu agar tidak selesa dengan kemenangan besar dan pujian yang diberi kepada kerajaan sebaliknya fokus agar tidak terlepas kuasa ke tangan pihak lain.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Fokus Minggu Depan: Masa depan Harimau Malaya dan saingan Kejohanan ASEAN
Ikuti kupasan Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM, Mohd Sadek Mustaffa berkenaan masa depan Harimau Malaya dibawah kendalian jurulatih baharu dan berdepan dengan saingan Kejohanan ASEAN.
Bursa Malaysia ditutup tinggi dipacu saham berkaitan pusat data, akhiri penyusutan lima hari
Bursa Malaysia menamatkan penyusutan lima hari berturut-turut apabila ditutup lebih tinggi hari ini, dipacu saham-saham berkaitan rantaian bekalan pusat data, terutama utiliti dan aluminium.
Bursa Malaysia ditutup rendah, indeks komposit kekal atas paras 1,600
Bursa Malaysia bergelut untuk mengekalkan momentum positifnya sepanjang hari dan ditutup rendah sedikit hari ini berikutan jualan lewat dagangan.
Waqf ETF, pertama di dunia disenaraikan di Bursa Malaysia
Waqf ETF sasar untuk agih pendapatan setiap tahun dengan separuh diperuntukkan sebagai aset Wakaf, separuh lagi dibayar kepada pemegang unit.
Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 5.84 mata kepada 1,603.13 daripada 1,608.97 semalam.
Dagangan saham Axiata digantung sementara tunggu pengumuman
Syarikat telekomunikasi itu berkata Bursa Securities telah meluluskan permintaannya untuk penggantungan.
Bursa Malaysia ditutup rendah dalam dagangan kecil
Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini dalam dagangan kecil dengan jumlah dagangan susut di bawah paras tiga bilion saham, di tengah-tengah prestasi lemah di Wall Street semalaman.
Bursa Malaysia dibuka tinggi, jejaki prestasi semalaman Wall Street
Pada pukul 9.22 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 0.20 mata kepada 1,611.63 daripada 1,611.63 ketika ditutup semalam.
Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan aktiviti pengambilan untung
Bursa Malaysia meneruskan aliran menurun untuk ditutup rendah pada Isnin, dipengaruhi oleh aktiviti pengambilan untung dalam saham utiliti terpilih berikutan peningkatan sektor yang kukuh.
Bursa Malaysia dibuka rendah di tengah-tengah prestasi bercampur-campur di Wall Street
Indeks utama Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini di tengah-tengah prestasi bercampur-campur di Wall Street pada Jumaat lepas.
Bursa dibuka dengan catat sedikit perubahan dalam sentimen pasaran bercampur-campur
Pada 9.05 pagi, Indeks FBM KLCI meningkat 1.16 mata kepada 1,608.12 daripada 1,606.96 semasa ditutup pada Selasa.