KUALA LUMPUR:Bursa Malaysia dijangka menyaksikan urus niaga berhati-hati menjelang Mesyuarat Rizab Persekutuan Amerika Syarikat minggu ini.

Ahli ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Adam Mohamed Rahim berkata, penyertaan pelabur dijangka agak perlahan minggu ini.

Syarikat perkhidmatan kewangan, Kumpulan ING (ING) menjangka tiada perubahan polisi diumum dalam mesyuarat the Fed ini.

Namun ia akan berikan petunjuk unjuran ekonomi terbesar dunia itu berdasarkan pelan rangsangan baharu dan pelaksanaan vaksin di Amerika Syarikat.

ING jangka, penilaian yang lebih positif akan mempercepatkan pengurangan QE dan kenaikan kadar faedah.

Ini di celah-celah tempoh minggu urus niaga yang singkat berikutan sambutan perayaan Thaipusam pada Khamis.

"Ringgit turut dijangka diniagakan dalam julat RM4.02-RM4.03 untuk satu dolar AS minggu (ini), disokong oleh langkah Bank BNM yang mengekalkan OPR pada Rabu lalu,” jelas Adam.

Pada akhir minggu lepas indeks petunjuk utama FBM KLCI susut 30.27 mata kepada 1,596.74 berbanding 1,627.01 minggu sebelumnya.