KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia terus menyusut untuk mengakhiri urus niaga petang ini teramat rendah, terjejas disebabkan oleh peningkatan ketara kes penularan COVID-19 di dalam negara dengan 6,075 kes baharu hari ini.
Indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) bagaimanapun berjaya mengurangkan kerugiannya meskipun ditutup 10.8 mata lebih rendah pada 1,580.52 berbanding 1,591.32 ketika ditutup pada urus niaga Selasa.
Indeks utama yang dibuka lemah sebanyak 0.10 mata pada 1,591.22, berlegar antara 1,574.28 dan 1,591.32.
Pergerakan harga di keseluruhan pasaran juga negatif dengan kaunter rugi mengatasi untung 905 berbalas 228 manakala 335 kaunter tidak berubah, 736 tidak diniagakan dan tujuh yang lain digantung.
Menurut ahli ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd Adam Mohamed Rahim, dalam situasi sentimen pasaran yang lemah, kaunter sarung tangan muncul sebagai penerima manfaat paling ketara berikutan lonjakan kes baharu COVID-19.
Hartalega melonjak 36 sen kepada RM9.91, Supermax naik 38 sen kepada RM5.02 dan Top Glove mengukuh 11 sen kepada RM5.45.
Ketua Jualan Ekuiti Rakuten Trade Vincent Lau berkata perbincangan mengenai sekatan pergerakan yang lebih ketat di Selangor sebagai langkah untuk membendung penularan pandemik selanjutnya telah menjejaskan sentimen pasaran.
"Namun begitu, kami menjangkakan kegiatan membeli ketika harga saham murah akan muncul keesokan harinya," kata beliau kepada Bernama.
Saham berwajaran tinggi yang lain, Public Bank tidak berubah pada RM4.19, Maybank turun 11 sen kepada RM8.28, Petronas Chemicals susut 14 sen kepada RM7.98, TNB berkurangan dua sen kepada RM9.97, IHH Healthcare kerugian tujuh sen kepada RM5.28 dan CIMB merosot sembilan sen kepada RM4.20.
Dalam kalangan kaunter cergas pula, LKL International naik 5.5 sen kepada 40.5 sen, Careplus meningkat 38 sen kepada RM2.72, Tuju Setia yang mula disenaraikan di pasaran utama menambah empat sen kepada 74 sen, Adventa melonjak 44 sen kepada RM2.51, Focus Dynamics tidak berubah pada enam sen dan Dagang Nexchange turun 6.5 sen kepada 70.5 sen.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas lemah 111.25 mata pada 11,493.9, Indeks FBMT 100 susut 96.55 mata kepada 11,183.81, dan FBM ACE turun 96.46 mata kepada 7,721.14.
Indeks FBM Emas Syariah turun 105.32 mata kepada 12,824.05 dan FBM 70 kehilangan 205.79 mata kepada 14,769.35.
Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan menyusut 138.78 mata kepada 14,872.95, Indeks Perladangan turun 51.88 mata kepada 6,908.78 sementara Indeks Produk dan Perkhidmatan Industri merosot 4.08 mata kepada 191.94.
Jumlah dagangan di Pasaran Utama turun sedikit kepada 3.30 bilion saham bernilai RM3.07 bilion daripada 3.66 bilion saham bernilai RM2.68 bilion pada Selasa.
Jumlah dagangan waran pula menyusut kepada 268.17 juta unit bernilai RM28.28 juta berbanding 269.87 juta unit bernilai RM25.94 juta semalam.
Jumlah dagangan di Pasaran ACE meningkat kepada 2.17 bilion saham bernilai RM935.85 juta daripada 1.90 bilion saham bernilai RM447.87 juta sebelumnya.
Produk dan perkhidmatan pengguna menguasai 477.67 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan industri (689.88 juta), pembinaan (296.27 juta), teknologi (640.37 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (68.35 juta), hartanah ( 376.57 juta), perladangan (54.61 juta), REIT (7.01 juta), dana tertutup (1,000), tenaga (326.74 juta), penjagaan kesihatan (182.56 juta), telekomunikasi dan media (86.81 juta), pengangkutan dan logistik (74.50 juta) dan utiliti (19.30 juta).
- BERNAMA
Bernama
Wed May 19 2021
Indeks utama yang dibuka lemah sebanyak 0.10 mata pada 1,591.22, berlegar antara 1,574.28 dan 1,591.32. - Gambar hiasan
Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur
Pada 9.23 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 0.35 mata kepada 1,571.83 daripada 1,571.48 ketika ditutup pada Rabu.
Tahanan reman lima individu termasuk anak MB disambung hingga esok
Kesemua suspek berusia 27 hingga 37 tahun itu ditahan oleh SPRM antara pukul 7 dan 8 pagi Selasa lepas di sekitar Perlis.
[TERKINI] KWSP akan struktur semula akaun KWSP kepada tiga akaun
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan inisiatif penstrukturan semula akaun KWSP berkuat kuasa 11 Mei 2024 bagi tujuan menambah baik keselamatan pendapatan persaraan di samping memenuhi keperluan kitaran hidup ahli.
KWSP struktur semula kepada tiga akaun mulai 11 Mei
Akaun KWSP akan distruktur semula daripada dua kepada tiga, iaitu Akaun Persaraan, Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel.
Malaysia, Jepun perkukuh kerjasama dalam sektor pembinaan
Kedua-dua negara juga berhasrat memperkukuhkan kerjasama mengenai perkongsian maklumat dalam pengurusan dan penyelenggaraan lebuh raya, cerun serta pertukaran tenaga kepakaran dan teknikal.
Apple dilapor kurangkan pengeluaran Vision Pro susulan permintaan rendah
Walaupun jualan pada awalnya amat memberangsangkan, momentum tidak berterusan kerana unit awal hanya dibeli oleh peminat paling tegar Apple.
Nahas dua kenderaan punca insiden kecoh semasa pengebumian pegawai TLDM - Polis
Siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada jam 7.45 malam selepas pemandu kereta terlanggar sebuah motosikal berhampiran dengan masjid.
KL20: MYStartup platform boosts Malaysia’s startup ecosystem
KL20: Shariah-compliant startup revolution
Ringgit dibuka rendah berikutan dolar kekal tinggi menjelang data KDNK AS
Pada 9 pagi, ringgit susut kepada 4.7825/7870 berbanding dolar AS daripada 4.7765/7780 ketika ditutup pada Rabu.
Kerajaan baharu Argentina harap projek LNG dengan Petronas akan diteruskan - Mondino
Kerajaan baharu Argentina berharap projek gas asli cecair (LNG) bersama yang bernilai berbilion dolar dengan syarikat minyak dan gas Malaysia, Petronas, akan diteruskan.
Lewis Hamilton buat kejutan muncul di SMK Seri Keramat
Penampilan khas Lewis Hamilton di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Keramat berjaya menarik perhatian netizen.
Pendapatan 2023 Petronas turun kepada RM343.6 bilion, seiring syarikat O&G global
Tengku Muhammad Taufik berkata, Petronas mencatatkan prestasi yang berdaya tahan bagi tahun 2023, biarpun dalam persekitaran yang tidak menentu.
Petronas keluarkan amaran scam pelaburan palsu guna nama CEO, syarikat tanpa kebenaran
Petronas berkata ia mengambil maklum mengenai satu penipuan pelaburan melibatkan penggunaan tanpa izin bagi nama dan logo syarikat.
Kami akan teruskan legasi Tun Taib Mahmud - Premier Sarawak
Allahyarham telah memberi sumbangan yang amat besar, malah beliau merupakan seorang daripada arkitek dalam penubuhan Petronas.
Cadangan loji jana kuasa di Labuan masih di peringkat awal - Petronas
Petroliam Nasional Bhd (Petronas) berkata cadangan pembinaan loji jana kuasa baharu di Labuan masih di peringkat awal.
Tiada perbincangan kembali anjur F1 di Malaysia - Petronas
Petroliam Nasional Bhd atau PETRONAS menafikan sebarang perbincangan untuk menganjurkan semula Formula 1 (F1) di Malaysia.
Polis tumpas sindiket seleweng diesel Petronas, 27 ditahan
Polis berjaya menumpaskan sindiket penyelewengan diesel Petronas melibatkan pembekalan kepada kapal-kapal marin yang beroperasi dengan syarikat minyak dan gas negara itu.
Pelbagai peluang pelaburan hijau dijangka dapat diwujudkan di Malaysia - PM Anwar
Pelbagai peluang pelaburan hijau dan teknologi baharu dijangka dapat diwujudkan di Malaysia susulan komitmen tinggi diberikan kerajaan dalam usaha peralihan tenaga.
Pahang terima sumbangan pakej prihatin Yayasan Petronas
Kerajaan Negeri Pahang menerima sumbangan pakej prihatin berjumlah RM450,000 daripada Yayasan Petronas untuk diagihkan kepada mangsa banjir.