KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia ditutup menghampiri paras tertinggi dalam tempoh tiga bulan pada Jumaat dengan indeks barometer berlegar melebihi 1,590 di sebalik aktiviti pengambilan untung yang berterusan berikutan kenaikan selama lima hari.

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat kepada 1,590.16 -- naik 4.42 mata daripada 1,585.74 sewaktu ditutup pada Khamis -- didorong IHH Healthcare.

Indeks itu dibuka rendah 2.84 mata kepada 1,582.90 dan bergerak antara 1,577.31 dan 1,594.52 sepanjang sesi dagangan.

Bagaimanapun, suasana pasaran negatif dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 620 kepada 393, manakala 445 kaunter tidak berubah, 801 tidak diniagakan dan 65 yang lain digantung.

Jumlah dagangan turun kepada 4.08 bilion unit bernilai RM2.96 bilion daripada 4.38 bilion unit bernilai RM3.25 bilion semalam.

Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd Adam Mohamed Rahim berkata pasaran lain di Asia turut tidak begitu memberangsangkan berikutan ramai pelabur tidak memasuki pasaran selepas sayap yang menyokong kadar faedah tinggi Rizab Persekutuan (Fed) AS menggunakan sehari sebelum ucapan oleh Pengerusi Jerome Powell menggesa bank pusat untuk mula mengurangkan program pembelian bonnya.

Powell akan menyampaikan ucapan pada pertemuan tahunan Fed di Jackson Hole lewat hari ini.

Di peringkat tempatan, FBM KLCI ditutup 0.2 peratus lebih tinggi kepada 1,590.2 mata pada Jumaat dengan IHH mendorong indeks penjagaan kesihatan Bursa Malaysia untuk meningkat 2.9 peratus hari ini.

Antara saham wajaran tinggi berkaitan kesihatan, IHH meningkat 51 sen kepada RM6.35, Hartalega naik 20 sen kepada RM7.25 dan Top Glove meningkat lima sen kepada RM3.91.

Tenaga Nasional menambah lapan sen kepada RM10.38 dan Public Bank naik dua sen kepada RM4.18.

Bagaimanapun, Maybank jatuh lapan sen kepada RM8.37, Dialog turun tujuh sen kepada RM2.69 dan MR DIY susut lima sen kepada RM3.61.

Bagi saham aktif, KNM dan Avillion menambah dua sen masing-masing kepada 26 sen dan 14.5 sen, dan Scope Industries merosot 2.5 sen kepada 31 sen.

Focus Dynamics dan Dagang NeXchange masing-masing tidak berubah pada lima sen dan 74.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 21.09 mata kepada 11,560.53, Indeks FBMT 100 naik 24.30 mata kepada 11,273.38 dan Indeks FBM Emas Shariah menokok 44.28 mata kepada 12,679.36.

FBM 70 meningkat 4.55 mata kepada 14,970.34 manakala FBM ACE turun 47.47 mata kepada 7,214.87.

Mengikut sektor, Indeks Perladangan meningkat 5.31 mata kepada 6,773.68 manakala Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 41.71 mata kepada 15,486.90 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian susut 0.51 mata kepada 196.56.

Jumlah dagangan Pasaran Utama meningkat kepada 2.88 bilion saham bernilai RM2.65 bilion daripada 2.87 bilion saham bernilai RM2.93 bilion pada Khamis.

Jumlah dagangan waran merosot kepada 315.54 juta unit bernilai RM45.89 juta berbanding 364.68 juta unit bernilai RM51.27 juta semalam.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE berkurangan kepada 880.77 juta saham bernilai RM263.95 juta daripada 1.14 bilion saham bernilai RM274.06 juta sebelum ini.

Produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 621.41 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (875.59 juta), pembinaan (69.69 juta), teknologi (255.88 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (80.15 juta), hartanah (105.16 juta), perladangan (33.37 juta), REITs (6.79 juta), dana tertutup (61,700), tenaga (600.54 juta), penjagaan kesihatan (95.73 juta), telekomunikasi dan media (85.21 juta), pengangkutan dan logistik (29.65 juta) dan utiliti (24.19 juta).

-- BERNAMA